Tuesday 29 October 2013

Fun Ride (26) Thompson Trail Cameron Highland

26/10/13



Jarak = 47km keseluruhan


Rancangan awal bertandang ke sini bersama sahabat, Sabri, menggunakan satu kereta. Saat akhir beberapa jam sebelum bertolak, ada godaan yang menjadikan ana ' lemas ' di dalamnya.............menyebabkan kami terpaksa menggunakan kereta masing masing dan sama sama bersaing menuju Cameron. Lemah pada godaan yang sukar untuk ditolak pada peluang yang bukan selalu diperolehi. Peluang itu ialah.........post seterusnya, iaitu trip kayuhan selepas Fun Ride Thompson Trail ini, pada keesokan harinya - 27/10/13.

Bersaing dengan Sabri, bertolak sebaik selepas solat Jumaat. Janji bertemu di Restoran Dinas , beliau kuat berpegang pada janji. Sebaik sampai beliau siap siaga menunggu ana yang terkial kial sampai, walaupun didalam lingkungan perjanjian waktu.

2.40pm bertolak daripada Kulim. Mengambil masa lebih kurang 4jam untuk sampai ke Motel berhampiran Jabatan Hutan Tanah Rata yang ditempah Pak Det........




hujan renyai menemani

Agaknya Land Rover di tanah pamah berkurangan sebab banyak yang dibawa ketanah tinggi ini.


motel tempat bermalam

awal pagi dah siap para para pengayuh veteran

bersaing dengan pengayuh pengayuh muda belia daripada JCC

mula mula sampai tidak ramai yang tiba



bacaan doa

apa lagi...jom kayuh



tertarik melihat kesan bencana di pekan Bertam yang empangannya pecah beberapa hari sebelum kayuhan ini






perkampungan orang asli


selepas singgah dikampung orang asli ini, teruskan kayuhan yang tidak boleh kayuh sebab 'jem'  - terlalu ramai pengayuh sedangkan laluan dihadapan ialah 'single track' masuk kedalam hutan.





melepasi hutan bertemu perkampungan semula, orang asli disini kebanyakannya dah moden jika dilihat pada rumah rumah mereka

kelihatan seorang 'Mat Salleh' yang bersama sama orang asli. Ana pasti beliau tidak akan bersama sama orang asli disini kecuali mempunyai 'mission' sulit

mula memasuki Ladang Teh BOH


sesekali kapal terbang ladang melepaskan baja keatas ladang teh yang mirip seperti turunnya hujan







Alhamdulillah tamat

eewah ..dan silang kaki lagi, bergaya eah, naik bakul angkat sendiri ha..ha..

bersantai disini sekejap dan teruskan perjalanan ke trip kayuhan seterusnya yang begitu 'mengasyikan' dan 'mengujakan' ....Mount Kiara. 

Apa apa pun kayuhan di Cameron tetap meninggalkan bekas dihati kerana - '' bersenang senang dahulu dan bersusah susah kemudian ''. Ini kerana ..... 25kilometer pertama , tidak perlu banyak mengayuh kerana menuruni bukit (downhill), sukenya. Selepas itu barulah bermula dugaan kayuhan yang amat amat memenatkan kerana terpaksa mendaki keatas semula, offroad pula ,dan kawasan bukit ladang BOH yang berbukit bukau. Walaubagaimanapun kepayahan mengayuh mendaki kawasan berbukit di ladang BOH ini terubat dan berbaloi kerana keindahan pemandangan.

Bye bye Cameron 


Sekian

Wednesday 23 October 2013

Jambori (15) Pantai Merdeka

19/10/13



Jarak kayuhan = 35km

Jembori ke15 yang disertai ini meninggalkan kesan tersendiri yang baik selama terlibat kayuhan MTB ini. Kesan ini hanya dapat dirasai dalam naluri sendiri yang akan diingati selalu.

Terlewat bangun jam 5.10am, menyebabkan perjalanan ke tempat jembori menjadi agak kalam kabut. Redahan laju memandu sehingga mendapatan teguran sahabat yang bersaing dihadapan kereta ana. Alhamdulillah, sahabat yang baik senantiasa menegur cara kita. Itulah yang kita harapkan.

Bersolat subuh di masjid Kota Kuala Muda menemukan dengan ramai pengayuh yang bersolat. Ramai pengayuh pengayuh yang jaga solat mereka.

Semoga Allah swt memberi hidayah terutamanya kepada diri ana sendiri dan juga mereka.

Jam 7.20am ana mula berada ditempat pelepasan walaupun sebelum itu bertolak agak terlewat daripada rumah. Ini kerana pada malam sebelum bertolak, semua persediaan terlaksana dengan jayanya. Bila datang pagi, hasilnya, memperolehi tempat antara pengayuh pengayuh yang berada dihadapan. Kebetulan ketika itu saudara Man Gerek Desa Aman berada disitu bersama beberapa kenalan lain. Sahabat sahabat lain daripada HRK berada ditengah. Its Okay. Just try my best. This is the right time to do the best sebab ana dah terlupa membawa kamera yang biasanya akan dibawa semasa kayuhan untuk mengambil gambar gambar. Oleh itu penumpuan kepada kayuhan dapat disempurnakan 100%.


Kayuhan kali ini ana memang serius untuk melihat sejauh mana kemampuan diri sendiri. 



Just do my best. Placing!...forget it.





Serius bagaimanapun diri ana berkayuh, bila bergambar tetap sporting..ha..ha.. 





Setelah puas mengayuh di kawasan sawah padi maka beralih untuk menduga dikawasan berbukit pula. Kawasan ini sememangnya kebanyakan pengayuh menolak basikal samaada menaiki atau menuruni bukit. Ada yang terlalu berani semasa menuruni bukit dengan mengayuh laju, risiko sendiri tanggung. Ana, tidak mahu mengambil risiko.

Alhamdulillah, tamat juga akhirnya






Penyertaan teramai - Happy Ride Kulim, pasukan ana



Sekian