Friday 31 January 2014

L155 Kayuhan Ukhwah & Santai GP9

19/01/14

Kelab basikal GP9 dalam perancangan mengadakan Jembori tahun ini. Oleh itu kayuhan ini mungkin sebagai pengenalan dan latihan praktikal bagi mereka.

Kayuhan ini dah mirip seperti mini Jambori. Sekalung tahniah kepada sahabat sahabat di GP9 kerana kayuhan ini berjalan lancar dan baik sekali. Cuma satu dua insiden seperti kemalangan sahabat ana An daripada KBPS mengejutkan suasana. Semasa mula berkayuh selepas flagoff ana bergandingan dengan An dan beliau menasihati ana supaya berhati hati dengan laluan disini lebih lebih lagi semasa downhill kerana beliau dah beberapa kali kayuh disini. Tetapi takdir Illahi telah tersurat, beliau terjatuh semasa downhill tergelincir dilurah air menyebabkan kecederaan tulang bahu dan rusuk. Baru sangat sahabat ana Yusri cedera teruk dimuka, kini giliran An pulak. Allahuakbar, Engkau lah maha penentu segala galanya. Sembuhkanlah mereka sahabat sahabatku ya Allah, Amin.



Ana perolehi plate terakhir yang dihulurkan, bernombor 146. Rider selepas ana dah tak dapat plate. Nombor yang cantek yang akhir disediakan iaitu 150 yang sepatutnya ana yang dapat biarlah sahabat ana Paklong Din menjadi pemiliknya dan beliau pun bertuah apabila bernasib baik dalam cabutan bertuah apabila memperolehi barangan jenama Giant.

8.20am flagoff

mula masuk offroad



alamak







tudia......mak datuk




checkpoint....ahhhhhhh lega



sahabat ana, alahai kesiannya

terpaksa surrender

2nd check point, kemudiaan sambung kayuhan lebihkurang 10km....








makan....makan....makan





Sekian

Monday 27 January 2014

L154 Bukit Katil , Bukit Aladin dan Yusri

18/01/14



Lokasi - Kawasan Rekreasi Air Puteh, Junjong

Kayuhan ini menjadi ingatan kenangan bersama sahabat ana Sdr Yusri sebenarnya walaupun beliau tidak kayuh bersama. Pengorbanan beliau bagi menjadikan kayuhan ini melalui laluan baharu berakhir dengan tragedi pada petang 17 Jan 14. Beliau mengalam kecederaan parah di muka.

Allah maha berkuasa segala galanya. Qoda qadar miliknya.



HRK amnya dan Wangde khasnya berjaya mengumpulkan agak ramai juga pengayuh pada hari ini.....

Video ehsan Wangde


Sebahagian gambar juga ehsan Wangde


sahabat sahabat sabar menunggu ketibaan yang lain

turun dibahagian bawah kawasan rekreasi untuk persediaan, tertarik lah pula dengan durian segar.....tengok dan telan air liur saja lah


belum cukup kuat




menghampiri kemuncak


sampai kekemuncak Bukit Katil






terus ke kawasan Bukit Aladin

rehat, apa nak buat lagi...bergambar lah

sebaik turun Bukit Aladin

melepasi Kampung Badlishah setelah membasahkan tekak

kayuh lagi



sementara nak sampai ke sini, kayuhan yang menyiksakan
sehingga lah sampai semula ke kawasan rekreasi

sambil meraikan sahabat sahabat sempat lagi Wangde ambil gambar ana


Ya Allah ... sembuhkan dan permudahkan lah sahabat ku Yusri Amin

Berkat doa sahabat sahabat berbasikal semua , saudara Yusri terselamat dan beransur ansur pulih


mengunjungi beliau, beberapa hari selepas kejadian...Alhamdulillah


Sekian