Tuesday 29 April 2014

Jembori (21) Golden Triangle 3 Negeri - Nibong Tebal - bersama pelumba negara.

23/3/14




Jambori dimana menawarkan hadiah wang tunai ini pasti menarik penyertaan pengayuh handalan. Ini terbukti dengan kehadiran pasukan dari Terengganu diketuai pelumba negara Mohd Zamri Salleh and the gangs.


Mulanya ana kesaorangan semasa pelepasan di awal pagi , cuma tersempak dengan Shahril bersama sahabatnya. 

Tak tahu bagaimana untuk bercerita betapa sengsaranya ana berkayuh di jambori ini hinggakan ana rasakan jikalau tiada orang melihat ana, ana ingat nak merangkak sahaja kerana terlalu letih ...ha,ha...

Bagaimanapun ana berjaya juga menamatkan kayuhan ini berdikit dikit. Memang rasa cukup puas walaupun letih.

Setelah tamat majlis penyerahan hadiah dan cabutan bertuah,barulah berjumpa dengan sahabat sahabat lain seperti Lan, Anuar dan Azmel daripada Taman Seri Petaling, Kulim.


hadiah hadiah yang mengancam sangatt

wowwww


Mohd Zamri Salleh

Pelumba negara , di sini pasti beliau tak akan gagal, al maklum - pelumba handalan dan menjadi juara pada kayuhan kali ini. Tempat kedua pun daripada pasukan beliau. Cuma bahagian wanita dimenangi pengayuh daripada negeri ana - Kedah. Tahniah semua.

Sekian

Wednesday 23 April 2014

FR28 Merdeka Ride-Jambatan Ke2 Pulau Pinang


16/03/14



Ana berkayuh di Merdeka Ride - Jambatan ke2 Pulau Pinang ini sebenarnya tidaklah mendaftarkan diri untuk kayuhan ini. Oleh itu datang untuk kayuhan ini boleh dianggap sebagai pengayuh hantu. Bila ditinjau tinjau, memang ramai yang tidak mendaftar. Boleh dikenali jika pengayuhnya tidak memakai jersey rasmi kayuhan.

Kayuhan adalah sejauh 46km dimana bermula daripada Stadium Batu Kawan......




Gembira bertemu sahabat sahabat sekayuhan ditambah pula jurugambar daripada Majalah basikal adalah sahabat yang dikenali.





Jumpa sahabat diperjalanan mesti berhenti, bergambar pulak.


bestlah kayuhan ini

Reunion dengan sahabat sahabat Galaxie Cycling Team


Zamzuri jugak yang ambil gambar. Anda memang terbaiklah Zam.

Berpatah balik ke Stadium Batu Kawan untuk menamatkan kayuhan

Sebelum pulang kerumah , perut berkeroncong, disinilah tempatnya. Kedai gulai sedap bawah pokok di 
Machang Bubuk, Bukit Mertajam.

Karinya memang sedap


Isnin 21/04/14 Sesekali masuk suratkabar Harian Metro
(Rasa rasanya Cikgu Din punya kerja nih, memang dia seorang yang rajin)

Sekian




Sunday 13 April 2014

Jemboree (20) Balik Pulau

15/03/14

Marshall Jambore HRK hari ini Abang Din aka Tokwan berjaya mengumpul belasan Rider yg menyarung Jersey HRK kali ini. Antara yang paling menonjol ialah Syahir yang perolehi ranking agak baik.

Kombinasi gambar oleh Wangde ....



  





tiga sahabat daripada Bank Islam



Seterusnya menerjah offroad ke Gertak Sanggul (single track), dimana disini ana digempur oleh rider2 muda yang tidak boleh bersabar bila mengikut dibelakang ana disebabkan ana 'slow' . Bila ana berpeluang ketepi , mereka dapat memintas ana dengan rakusnya. Ok no problem, well done. Tak lama lepas tu seorang rider mereka terjatuh kerana bergasak ditempat teknikal seperti ini boleh menyebabkan kemalangan. Kesihan mereka , bila dah rakus dan berlumba menunjuk kuat, beginilah jadinya. Bagaimanapun Allah selamatkan mereka daripada kecederaan serius.

Melepasi Gertak Sanggul, memasuki jalan Genting disini memang memenatkan. Tapi bila dah bergambar, penat disembunyikan....


ingatkan boleh terus , rupanya kena lencong ke Bukit Genting pulak, alamak,beginilah jadinya...tolak basikal

Alhamdulillah ....akhirnya

HRK berkemas kemas sebelum ke acara cabutan nombor bertuah


sambil sambil tu......jeling jelinglah juga benda Allah ni

Pulang selepas nombor tak bertuah. Cuma perolehi tempat ke 333 (cantik kan no ini) daripada entah berapa ratus peserta.


Wednesday 9 April 2014

L167 Ulu Paip, Happy Birth Day dan Tragedi MH370

08/03/14

Hasil usaha tuan Awang melobi dalam Facebook, ramai yang hadir berkayuh hari ini (dianggarkan lebih kurang 30 pengayuh datang).

Kebetulan................


Hari ini ialah hari ulangtahun kelahiran ana

Hari ini juga adalah hari yang mendukacitakan kerana kehilangan MH370.
Berita kehilangan kapalterbang ini hanya diumumkan media sehari selepas kayuhan ini. Tetapi daripada ketua Marshall kayuhan ini Tuan Awang, beliau telah dapat berita ini pada hari ini melalui internet dan memaklumkan kepada pengayuh pengayuh disini dan kami disini antara perasaan bercampur baur antara realiti atau sebaliknya.

8.00am biasanya inilah keadaan sebelum kayuhan - Kawasan perkelahan Ulu Paip , Karangan , Kulim.

Doa tidak dilepaskan

kawasan target kayuhan


mula berkayuh











Kebetulan terpecah 2 kumpulan kayuhan. Kumpulan pertama setelah sampai disini berhenti rehat sambil menunggu kumpulan kedua. Ana dikumpulan kedua.

                              bermulanya segmen yang ana sangat cintai....meredah hutan belantara




Checkpoint disini ialah kawasan yang melegakan kerana kesengsaraan kayuhan mendaki tamat disini. Jelas terpancar kegembiraan apabila bergambar dengan aksi bebas

menuruni bukit ini, 2 sahabat 'dicakar' juntaian duri yang berada ditengah tengah laluan kayuhan didalam hutan, mengakibatkan 2 sahabat cedera

tapi syukur kerana kecederaan yang minima dan boleh sambung kayuhan

dan akhirnya..............selesai menuruni bukit, yang tinggal kira2 5km untuk sampai ke Ulu Paip


yang hebatnya, semua bertambah nasi bila makan disini sebelum pulang kerumah masing masing


balik rumah.....inilah yang terjadi......ha..ha..