Alhamdulillah, kayuhan malam mula mendapat tempat di hati pengayuh pengayuh basikal warga Kulim. Bertemu kembali sahabat sahabat veteran seperti Penghulu Sabarudin dan Pak Wan yang agak lama menyepi untuk kayuhan malam bersama Happy Ride Kulim. Lebih kurang 15 pengayuh menyertai kayuhan malam kali ini.
Jam menghampiri 10 malam maka bermula kayuhan melalui Kg Keladi menuju jalan Sg Lembu menghala ke Jalan Kulim BM. Laluan kali ini agak baik kerana menempuhi banyak bukit, 10% offroad, laluan jalan utama, jalan taman taman dan bandar Kulim.
Route = dinas - sg lembu - tmn anggerik - tmn dahlia - tmn delima - offroad kuari batu - jln panchur - seri malaysia - tmn kenari - pekan kulim - dinas 30km (route ini ditulis Hafeez Halim)
Jarak = 28km
Gambar ehsan Hafeez Halim, terima kasih banyak banyk tuan Hafeez.
1,2...action....pengambaran dilakukan dihadapan hotel Seri Malaysia Kulim
Sekian
No comments:
Post a Comment