Hari ini ada latihan sukan di Bukit Mertajam bersama jurulatih Cina untuk sukan majikan. Oleh itu terpaksa balik awal tanpa dapat meneruskan kayuhan offroad trek jambori Kulim Ulu Paip. Kayuhan pagi ini hanya onroad sehingga kawasan perkelahan ulu paip dan berpatah balik.
Sebaik sampai di Ulu Paip
sahabat sahabat ada yang dah mula sampai
selepas ini , mereka mulakan kayuhan offroad dan ana pun kayuh balik kerumah
Keesokannya bersama beberapa sahabat HRK diketuai Sabri melakukan kayuhan ke Bukit Botak Kulim.
berhenti setelah sekian lama berkayuh melepaskan lelah
menghampiri puncak bukit botak
selepas ini mula menuruni bukit sehinggalah ke gerai roti canai kelapa sawit berhampiran trafic light Jln Sg Ular untuk bersarapan.
Sekian
No comments:
Post a Comment