Monday, 26 August 2013

Jembori (14) Grand Prix Kellies Castle Batu Gajah


25/8/13

Antara penyertaan 'last minute'. Bertolak awal pagi jam 3.30am daripada rumah. Genap 6am sampai di Petronas Pulai, isi gas ngv, solat subuh dan bergerak ke lokasi kayuhan yang kira kira 5km dari sini.



Agak memenatkan kerana sepanjang laluan kayuhan, naik dan turun bukit. Teruja dengan lautan peserta.

Sampai berhampiran lokasi kayuhan disambut dengan kehadiran team Sukma Perlis



apa nasib ana hari ini. Apa apa pun, niat semata mata riadah, biar lencun dibasahi peluh.


ana tak sempat streching seperti mereka pun



7.30am dah berduyun





Kenalan 62tahun pengayuh tegar berbual dengan ana dan mat saleh 45tahun antara para para pengayuh veteran kategeri C 45tahun keatas


dibelakang ana. Keseluruhan 1600 peserta jembori

ana cuba sedaya upaya untuk serius pada kayuhan ini tetapi gagal bila bertemu kereta kerbau

ada suara rider dibelakang sana...''kampung jang takdo kobau yo", nak tegelak ana......

kembali fokus. Ini satu satu nya laluan lurus, selebihan kebun kelapa sawit, getah, asyik asyik naik dan turun bukit membuatkan ana rimas kepenatan tetapi nyaman sebab teduh. Nikmat pengayuh MTB.

Jam 11 lebih baru menghampiri garisan penamat

ini pengayuh lain bukan ana tetapi disinilah ana tamatkan kayuhan.

bertema Adi Jawa di tempat serahan medal 

santai time




mana mau pergi, tup tup jumpa sahabat LLS Permatang Pauh

anda semua terbaik, wahai adik adik ku

basikal penat dan lapar? Tidak sekali kali...

pengayuhnya yang lapar .....

gendang gendut tali kecapi......
kenyang perut posing lagi

Lepas ini, saat yang membosankan, jemu, dan sewaktu dengannya, tambah lagi panas, panas dan panas kerana menanti cabutan bertuah yang berlansung , apalagi gagal berhasil walaupun ada 3 plat number.  

Anakanda sulung kesayangan disebalik kembara perjalanan dan kayuhan ana di Batu Gajah hari ini.
 Jazakallah sayang

Sekian

No comments:

Post a Comment