Agak lama tidak berkayuh dikawasan ini. Bermula laluan melalui Taman Merak. Jarak yang dilalui tidak sampai pun 20 km tetapi mencabar kekuatan fizikal mental kerana pada pendapat ana bukit botak ini adalah bukit tertinggi dikawasan kayuhan daerah ini.
kira kira jam 8.20am mula memasuki offroad melalui Tm Merak
dalam perjalanan, kayuhan terhenti bila dengar bunyi air terjun. Rasa damai mendengar bunyi air yang mengasyikan
sahabat sahabat berhenti di RNR(ha..ha..) yang pertama, menanti ana antara yang terkebelakang
sahabat sahabat lainnya
jom sambung kayuh
pemandangan di RNR kedua
di RNR kedua ini, Man Tomyam seperti biasa memasang mercun memecah kesunyian alam
menghampiri puncak bukit botak
pemandangan daripada puncak tertinggi yang biasa di daki oleh pengayuh basikal. Ada lagi puncak paling tinggi disekitar kawasan ini tapi agak sukar untuk mengayuh dan jarang jarang diredah pengayuh.
pemandangan dari sudut lain
pengayuh2 muda belia, kemuncak kekuatan kayuhan
gambar kenangan di puncak bukit botak
menghampiri penghujung kayuhan, keluar melalui Kampung Sera
seperti biasa selepas kayuhan
alamak ... punyalah lawa basikal, alamat tak boleh berehatlah lagi
Sekian
No comments:
Post a Comment