Sepatutnya hari ini menyertai Kayuhan Kedah Sejahtera di Baling tetapi oleh kerana terlewat maka terpaksa di batalkan. Rupa rupanya kayuhan pun agak lambat dilepaskan kira2 jam 9 pagi menurut sahabat yang menyertai dimana kalau ana terus pergi pun mungkin masih sempat. Maklumlah program anjuran orang kita, selalunya tidaklah seawal seperti program orang orang lain.
Oleh itu di waktu pagi ini di isi dengan program bersama isteri dan anak anak. Terasa nikmat juga bila dapat bersama sama keluarga diwaktu pagi cuti dimana selalunya diisi program kayuhan. Menjelang tengahari badan mula hari 'tak sedap' sebab dah biasa kayuh pada waktu ini. Mulalah berfikir bagaimana untuk acara kayuhan walaupun kayuh 'infiradi' (berseorangan/solo).
Akhirnya keputusan dibuat untuk mengayuh menghala ke Baling sambil isteri menghantar anak ke4 balik ke asrama Sek Agama Baling. Sebaik lepas solat zohor, terus bersiap sedia untuk kayuhan. Bermula kayuhan lebih awal kira kira 2 1/2 jam sebelum isteri bertolah dengan kereta menghantar anak ke asrama sekolah.
Menjengah sahaja jalan Kulim - Baling hati berdebar kerana sehingga kilang Inokom di Padang Meha tiada bahu jalan bertar untuk basikal tumpang lalu. Maklumlah jalan ini agak sibuk dengan kenderaan lebih lebih lagi lori lori bila berada di belakang basikal, bergegar jalan raya tambahan pula tiada bahu jalan untuk dikongsi pula. Apa lagi terpaksa berkayuh di atas rumputlah alamatnya. Dah jadi kayuhan offroad lah pula. Satu lagi faktor yang menjadi kayuhan ini memeritkan ialah sepanjang jalan Kulim ke Baling ialah melawan arus angin yang bertiup daripada hadapan. Memang sepanjang jalan berangin dan sejuk tetapi teruklah berkayuh.
Bila dah kepenatan mulalah mencari tempat mehilangkan dahaga......
berhampiran ladang Selarong, kira kira 10km drp kulim kot...
terus kayuhan..................Alhamdulillah sampai juga ke daerah Baling
dipenghujung kayuhan ....terhenti bila jumpa anak anak muda menangguk ikan
hampir semuanya ikan belida......kalau dibuat lauk,banyak tulang ikan ini
selepas menghantar anak balik ke asrama, cari makanan dan minuman lagi, kali ini makan bersama keluarga
wahai basikal....banyak sangat jasa engkau kepada ku........
perjalanan pulang semula ke Kulim, waktu magrib hampir menjelma
dua puteri kesayangan
sampai di Kulim dah masuk pun waktu magrib
rupa rupanya walau tidak dapat berkayuh di Kayuhan Kedah Sejahtera, masih ada buah tangan yang Allah kurniakan pada cabutan bertuah. Alhamdulillah. Terima kasih en Man pengurus Restoran MNR yang tolong ambilkan. Jazakallah Khair.
Sekian
No comments:
Post a Comment