Berubah angin, membawa ana ke Betong Thailand sekali lagi. Kali ini pun bersama Kelab Basikal Bayu Baling menjelajah bandar Betong pada hari tiada berkereta.
Ana paling awal sampai Emigration di sempadan. Kemudian datang kereta kuning - Cgu Rafil jam 7am
diikuti sahabat sahabat lainnya
Dari sempadan berkayuh beramai ramai memasuki Thailand dan tiba ditempat mula kayuhan belumpun jam 8am. Sebaik sampai , daftarlah dulu
sambil menanti permulaan kayuhan
Amin kedai basikal di Betong ini lah yang nampak sibuk menyediakan belon pelepasan ini
Bosan menunggu bergambar lah , apa lagi
Bertemu sahabat sebaya, Jamil, taukeh kedai 'Bestkal' di Kulim
Kubah masjid dipintu gerbang
anda tentu kenal siapa ini
ait..bergambar lagi, dengan ...tak kenal, bila dah kayuh tu kira semua sahabatlah, kalau tak silap mungkin sahabat sahabat kayuhan daripada Keroh
dah nak mula
rupanya tidak...tunggu dulu, majlis perasmianlah dulu
depa ni orang orang siam memang berdisiplin
betul tak.....memang berdisiplin, tak macam di Malaysia, mana ada disiplin macam nih. Satu lagi, mereka bila bertemu sesama mereka, mereka menghormati antara satu sama lain dengan merapatkan kedua tapak tangan ke dagu muka
dah mula.........jom kayuh
pintu gerbang yang menceritakan penduduk Thai di Betong ramai yang beragama Islam bila tiangnya ada kubah
di Betong Tunnel ini checkpoint untuk berhenti minum air
macam di Malaysia, ramai orang Islam
sekolah agama di Betong
berhenti di checkpoint lagi untuk minum
taklimat acara pecut
acara sulung yang dimenangi Khalib pengayuh dunia
sahabat Baling yang lain turut mencuba nasib
tapi kurang bernasib baik
Alhamdulillah
Lepas ini, acara makan.
di sediakan orang Islam Betong, makanan orang Islam diasingkan, 2 perempuan yang mengedarkannya bertudung, ada pengumuman yang ana faham...'mucelim mucelim' sahaja, lagipun Amin kedai basikal Betong dah beri jaminan. Perut kenyang barulah boleh pulang.
Nasib tak baik, pancat pulak ditengah jalan. Nasib baik ada remaja lelaki Melayu Siam datang bantu hantar sampai kekereta di sempadan dengan motorsikalnya. Terima kasih adek.
Sekian
No comments:
Post a Comment