Sunday, 8 September 2013

Latihan (131) Kulim Serdang Pucuk Paku dan diserang anjing anjing ganas.

8/9/2013

Jarak = 50km

Kebanyakan sahabat sahabat mengayuh di CFAL mengelilingi Pulau Pinang hari ini. Di sebabkan gagal mendaftar tambahan pula semalam baharu pulang daripada UIA Gombak, maka ana tidak jadi mengayuh disana walaupun sebagai pengayuh hantu.

Pagi ini Alhamdulillah dapat juga berkayuh bersama en Shahrul pegawai TUDM yang juga terlepas kayuhan CFAL. Bermula agak lewat, jam 9 lebih baharu dapat bertemu beliau di meeting point 'UNIKL'. Apabila berbincang kemana haluan kayuhan kali ini beliau cadangkan berkayuh ke Pekan Selama Kedah lalu ana menjawap dengan perlahan 'oookkkk'  tetapi sebenarnya ana tertelan air liur gluppppp......dalam hati berkata 'mampueh dah aku' he..he.... Ini kerana kayuhan Kulim Selama dan kembali ke Kulim mengambil jarak hampir 100km. Ini lah penangan mengayuh dengan orang muda yang sentiasa bertenaga. Dalam hati berkata hah itulah, cari pasal lagi berkayuh dengan orang muda, tambahan pula beliau menggunakan road bike.

Tetapi beliau sebenarnya seorang yang bertimbang rasa. Beliau tahu yang mengikut berkayuh dibelakangnya ialah kereta antik tahun enam puluhan ha..ha..enjin lama, slow pulak. Setelah mengayuh dan sebaik sampai sahaja ke simpang menghala ke Selama, beliau terus sahaja mengayuh menghala ke pekan Serdang, tidak belok kekiri untuk ke Selama. Dalam hati ....Alhamdulillah ;) legaaaaaa.

Sebaik sampai ke Serdang, apalagi cari tempat makan lah, sebab ana tidak sempat bersarapan sebenarnya. Kalau tadi jadi mengayuh ke Selama, mungkin ana dah 'terkangkang' keletihan kerana perut kosong dan badan pula tentu tidak bertenaga untuk mengayuh.

Alahai...di restoran ini bertemu pulak dengan kari si ikan sembilang, pasti tidak dapat dilepaskan. Alhamdulillah , disini rezeki ana pagi ini.




Selesai makan, Shahrul bersedia untuk meneruskan kayuhan pulang ke Kulim sambil menunggu ana 'qadho hajat'

Kali ini hasrat ana cuba berkayuh menggunakan roadbike Allah tunaikan. Alamat ketinggalan lah Shahrul terkial kial dibelakang menggunakan basikal ana 29er yang besar dan berat. Maklumlah beliau tentu tidak sesuai lagi dengan basikal ana.

Kayuhan terhenti bila ana melihat pengutip ulam ulaman mengutip pucuk paku ditepi jalan............



Bahagian belakang kereta dipenuhi ulam ini. Punyalah banyak hasil yang mereka dapat. Tak sempat ana ambil gambar betapa banyaknya ulaman ini yang mereka perolehi. Rezeki mereka lah katakan.

Ana dan Shahrul teruskan kayuhan pulang ke Kulim sambil bersembang sembang disepanjang jalan Sungai Ular sehinggalah dikejutkan oleh serangan dua ekor anjing besar berwarna coklat dan hitam.....




mungkin inilah gambaran mirip anjing anjing itu......

Memang terkejut besar kami kerana anjing anjing besar itu menerkam dengan garangnya. Bernasib baik kerana seorang penjaga kuil berhampiran datang menghalau anjing anjing itu.

Perjalanan pulang dirasakan berlalu dengan cepat untuk sampai ke bandar Kulim berbanding perjalanan pergi dengan perut yang kosong tadi dan lagi mungkin kerana terkejut besar dek penangan anjing anjing tadi
...ha..ha.....

Singgah sebentar bertemu sahabat sekayuhan yang sedang bertugas, Pak Long Din. Selepas ini, mengayuh pulang. 

Jumpa lagi Insya Allah.

Sekian  


No comments:

Post a Comment