Friday 17 July 2015

Monday 22 September 2014

L178 Kayuhan sambut puasa di Hulu Mahang 4 (pembalakan meragut keindahan kayuhan)


Sebelum masuk bulan puasa 2014, sahabat sahabat bertekad untuk ke sini. Ana pun turut terjah. Selain perolehi kayuhan yang baik untuk kesihatan, kami dihidangkan dengan ........ balak, lori balak dan pembalakan. Huh semakin menjadi jadi disini. Rakus..rakus...rakus. Itu saja yang ana boleh cakap. Apa yang mampu di buat? Yang pasti ana .... tidak redho dan hati penuh dukacita. Cetusan hati ....pembalakan mencuri keceriaan kayuhan kali ini. 




Kami enjoy kayuhan kerana senaman yang baik, tetapi tidak sekali bersuka hati dengan pembalakan.

Ya Allah, alam menangis angkara rakusnya manusia, hati kami turut menangis




Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak 1435 Hijrah

Sekian.

Sunday 7 September 2014

FR37 Kayuhan Amal Ibnu Sina 2 Serdang Kedah yang tidak mendapat sambutan

21/06/14

Kayuhan kali ini ialah untuk sumbangan amal kepada sekolah Maahad Tahfiz Ibnu Sina yang terletak di masjid lama Serdang, Kedah.

Terdetik dihati betulkah tindakan ana jika ana menceritakan tentang kekecewaan? Tetapi adakah salah jika itulah hakikatnya apabila kayuhan amal yang murni ini tidak mendapat sambutan, berbeza dengan sambutan dan kayuhan amal Ibnu Sina 1 di Kulim yang mendapat sambutan baik malahan penganjur memperolehi sumbangan derma yang baik dan mencukupi. Pada perkiraan ana, kayuhan ini tidak sampai  30 orang pengayuh awam yang hadir selain anak2 murid sekolah tahfiz ini sendiri. Tuan tuan bayangkanlah situasi ini. Apa sudah jadi.

Tiada lain yang ana dapat katakan disini melainkan doa supaya Maahad Tahfiz ini akan terus maju dimasa hadapan.Mudah2an kegagalan ini tidak mematahkan semangat pentadbir sekolah dan menjadi iktibar kepada pengayuh pengayuh basikal supaya tidak memandang sebelah mata pada kayuhan amal seperti ini. Berbeza sungguh dengan sambutan yang diperolehi untuk kayuhan di mana mana jembori yang sentiasa mendapat sambutan istimewa dengan kehadiran ribuan pengayuh.






Mudir Maahad, Al Fadhil Ustaz Rohaizad memberi taklimat dan doa dan pelepasan



Laluan ini dipanggil Bukit Sejuk....memang sejuk disini.

Checkpoint






Sebaik ana sampai semula, anak2 hafiz ini menyambut ana dengan jamuan kanji. Memang sedaplah ana makan, maklumlah baru lepas kayuh.  




Walaupun sambutan kurang baik, penganjur tetap menunaikan janji dengan cenderahati dan cabutan bertuah.


Demikian adanya. Semoga kegagalan di kayuhan amal seperti ini tidak lagi berulang dimasa hadapan.

Jazakallah

13768499481578035009

Monday 11 August 2014

FR36 Kayuhan Paya Bakau dan Kedah Tua

14/6/14


Lokasi flagoff - Pengkalan Jeti Semeling, Sungai Petani, Kedah


Doa , upacara standard yg mesti.


Berhenti di checkpoint pertama Chalet terapong Segantang Garam
Posing jgn tak posing
Adik beradik tu, Nasir & abangnya




Pertama kali berkayuh dengan sahabat lama semenjak persekolahan, Rozman Halim yang turut serta



Berhenti di check point utama utk penerangan, suai kenal, makan dan cabutan bertuah.
Antara yang ditonjolkan ialah tapak Tamadun terhebat dimana disini adalah tempat pengeluaran besi antara yang terbaik didunia. Sebenarnya kita patut merasa bangga kerana rupanya kira2 500 tahun sebelum kelahiran nabi Isa a.s iaitu 2500 tahun dahulu telah ujud tamadun yang hebat di Kedah. Tempat persinggahan kayuhan terakhir kayuhan ini ada lah merupakan 'kawasan industri' hebat didunia ... eh serius ni antaranya terdapat penghasilan besi terbaik utk di 'eksport' keluar. Malahan jika di teliti dipersekitaran kawasan ini boleh didapati besi2 hitam spt pepasir. Kawasan hebat ini meliputi sehingga ke Gunung Jerai dan dikatakan disitulah pusat pemerintahan dan pentadbiran. Taklimat ini 'live' drp pegawai Arkiologi kpd semua. 

Mungkin boleh rujuk sini utk info lanjut











Demikian lah serba sikit 'Al kisah' kayuhan kali ini

Sekian

Saturday 26 July 2014

FR35 Kayuhan Belia Kemunting.


08/06/14

Kehadiran kesini berseorangan dimana sapatutnya berdua bersama saudara Nasir, tetapi oleh kerana beliau baru mendapat berita kematian bapa saudara awal pagi hari ini , beliau terpaksa membatalkan kehadiran.

Walaupun kayuhan ini umumnya utk belia namun spt kayuhan belia lain yg ana sertai, faktor umur ditolak ketepi kerana ana bukan lagi belia, cuma diulang lagi ... ana masih remaja purba ha..ha..

Awal pagi bertolak dari rumah, rupanya ketinggalan kasut basikal utk kayuhan ini, memaksa mencari apa apa kasut yang ada dijual.......kayuh tetap kayuh

 Pusat kayuhan hari ini...Komplek Rakan Muda Kemunting, Taiping 

Alhamdulillah ada pasar tani awal pagi....boleh cari kasut nihhh...jom


ha.. dah dapat, murah sahaja RM20, ringan pulak tu, sesuai utk berkayuh...berigud

alamak awalnya diaorang flagoff...7.30am,selalunya lah kebanyakan FR/Jambori 8am. Time flagoff ni ana baru sampai dan tak dapat bersaing dengan mereka

Ana cuma dapat bersaing dengan kumpulan lewat ini dan mula berkayuh selepas mereka, so org terakhir sekalilah pada perkiraan ana.

antara laluan laluan kayuhan


laluan melintasi Tasik Bukit Merah yang terkeselatan





Alhamdulillah selamat sampai, mai tengok hadiah2 dululah

Ana tak ada rezekilah kali ini, semuanya rezeki orang lain

tetapi rezeki ini tetap ada, sebab Allah swt dah janji, cuma ana saja kena jadi hamba yg bersyukur

Kusyuk sahabat sahabat kita menanti cabutan bertuah, antaranya ialah Taukeh kedai basikal terkenal di Taiping berhampiran Hospital Taiping. Beliau yang duduk diatas lantai menongkat siku dengan lutut, 4 dari kanan, tentu dia sponser banyak nih.


Sekian, beginilah adanya.