Tuesday 25 February 2014

L161 Kayuhan Mantap

08/02/14


Tokwan&sahabatnya, Wangde dan Ashraf....mantap semantap2nya


Kayuhan onroad 100%. Kumpul di Bank Muamalat Kulim selepas asar dan dikepalai Tokwan.

Route - Sekitar Kulim Hightech

Ana terawal sampai, disusuli Asyraf yang tolong ambil gambar ini

Datang yang lain

Biasalah ...ana kayuh belakang sekali, Marshall lah konon. Depan ana Asyraf dan depa yang mantap mantap. Seorang rider sahabat tokwan jumpa diperjalanan terus kayuh bersama.

Depa mulakan kayuhan mantap...serius mantap

Rider mantap mula menjarakkan diri dan mengorak kayuhan, termasuk Asyraf yang cukup bertenaga..muda belia.

Ana semakin lama semakin lemah dan longlai kerana sebelah pagi menghadiri pemilihan



untuk kesukan bank dan banyak habis tenaga disitu.....alasannnnn

 

Di 3/4 kayuhan akhirnya ana tersadai disini. Pesan kepada sahabat yang dibelakang untuk maklumkan kepada Tokwan supaya mereka teruskan kayuhan dan ana break disini.


Sebenarnya kayuhan ini elok di isi tajuk Kayuhan depa mantap ana ceroi.


Sekian


L160 Bukit Botak vs Trek Cap Ayam

09/02/14

Hari Ahad biasanya sambutan untuk kayuhan daripada sahabat sahabat sekayuhan amatlah baik. Kayuhan kali ini membuktikannya dengan kehadiran hampir 30 pengayuh.

Perancangan saudara Sabri, Paklong Din dan Wangde terlaksana pagi ini. Cadangan kayuhan ialah kombinasi 2 trek bersebelahan iaitu Bukit Botak dan Trek Cap Ayam.

Khabar terbaharu selepas kayuhan ini daripada Pak Wan yang biasa dengan kawasan hutan berhampiran bukit botak , ada mendengar ngauman ............



Allahuakbar...gerun ana, Wanuuzubillah, semoga dihindari Amin.

Dijangka jarak kayuhan melebihi 30km dengan 95% offroad.

seperti biasa awal pagi tempat berkumpul - 7eleven Jln Sg Ular

target pertama Bukit Botak

kayuh mendaki berterusan

check point....waktu rehat sambil berbual mesra


dah sampai target utama....kemuncak bukit botak



kayuhan menuruni bukit selepas ini cukup 'enjoy'. Target seterusnya ke trek cap ayam. Disebabkan masalah teknikal ana terpaksa 'surrender' awal dan menunggu sahabat sahabat lain yang 'berjuang' di trek ini.

alamak....lemak yang dah keluar diganti balik..he..he...

Seperti biasa lokasi penamat di gerai Paklong Din. Alhamdulillah semua sahabat berjaya menamatkan kayuhan ini dengan selamat.



Sekian

Sunday 16 February 2014

L159 Lagi Trek cap ayam (4)

02/02/14



Tak jemu jemu kayuh disini bukan kerana tiada trek lain, tetapi semata mata kerana tujuan kesihatan. Walau beratus kali kayuh disini demi kesihatan kena datang juga lagi dan lagi.

Kira kira 12 pengayuh terlibat kali ini.

Jarak = anggaran 25km offroad

Video edisi rancak dan pantun (click ..Watch on You Tube)

Video edisi sentimental

Kedua dua video adalah hasil kreativiti Awang MTB aka Wangde

Memang Awang kreatif dan rajin

Lokasi pertemuan - Perpustakaan Kulim

Selepas mula, ini adalah check point pertama, sambil menunggu tok penghulu - Paklong Din

kemuncak tertinggi dikawasan ini, dusun durian



antara trek kegemaran ana kerana menyusuri dibawah sana lauan kenderaan jalan Sg Ular 


biasalah bila kerap berhenti menunggu sahabat yang lain

sambung kayuh

waktu bergambar beramai ramai



melepasi setengah perjalanan kayuhan sambil mengambil nafas untuk mendaki lagi
Gambar ehsan Zulkiflin Arifin - TQ boss, memang kreatif dgn basikal ana yg terbalik



bila dah tak mampu


tunggu sahabat sahabat lain

3/4 perjalanan
kat sini cukup santai

kusyuk mendengar 'tazkirah' Paklong Din

hampir penghujung kayuhan sempat lagi posing


makan makan


hah...lega ...Alhamdulillah




Sekian

Tuesday 11 February 2014

L158 Kayuhan Onroad Kulim - Bukit Hijau - Sedim

01/02/14

Lokasi pertemuan - JPN Kulim

Anggaran jarak 75km

Laluan = JPN Kulim - High Tech - Sg Kob - Batu Puteh - Labu Besar - Bukit Belon - Jalan Lata Bukit Hijau - Bakai - Badang - Sedim - Karangan - Sg Kob - Kulim

Marshall bermotorsikal en Nan

Back up vehicle - kereta siam Man Tomyam , banyak jasa ni


video adalah hasil usaha kreatif  Wangde

Sebahagian gambar gambar ehsan Wangde dan Nur Suria


ana sempat lagi menjamah sarapan sementara menunggu yang lain



ana bukan marshal - marshall ialah Abang Din (tokwan)




haaa...ini dia marshall yang kuat

berhenti di laluan menuju Batu Puteh








berehat sekejap diLabu Besar








Last check point...Petronas Sg Kob

riders harapan HRK



Sekian