Saturday 26 July 2014

FR35 Kayuhan Belia Kemunting.


08/06/14

Kehadiran kesini berseorangan dimana sapatutnya berdua bersama saudara Nasir, tetapi oleh kerana beliau baru mendapat berita kematian bapa saudara awal pagi hari ini , beliau terpaksa membatalkan kehadiran.

Walaupun kayuhan ini umumnya utk belia namun spt kayuhan belia lain yg ana sertai, faktor umur ditolak ketepi kerana ana bukan lagi belia, cuma diulang lagi ... ana masih remaja purba ha..ha..

Awal pagi bertolak dari rumah, rupanya ketinggalan kasut basikal utk kayuhan ini, memaksa mencari apa apa kasut yang ada dijual.......kayuh tetap kayuh

 Pusat kayuhan hari ini...Komplek Rakan Muda Kemunting, Taiping 

Alhamdulillah ada pasar tani awal pagi....boleh cari kasut nihhh...jom


ha.. dah dapat, murah sahaja RM20, ringan pulak tu, sesuai utk berkayuh...berigud

alamak awalnya diaorang flagoff...7.30am,selalunya lah kebanyakan FR/Jambori 8am. Time flagoff ni ana baru sampai dan tak dapat bersaing dengan mereka

Ana cuma dapat bersaing dengan kumpulan lewat ini dan mula berkayuh selepas mereka, so org terakhir sekalilah pada perkiraan ana.

antara laluan laluan kayuhan


laluan melintasi Tasik Bukit Merah yang terkeselatan





Alhamdulillah selamat sampai, mai tengok hadiah2 dululah

Ana tak ada rezekilah kali ini, semuanya rezeki orang lain

tetapi rezeki ini tetap ada, sebab Allah swt dah janji, cuma ana saja kena jadi hamba yg bersyukur

Kusyuk sahabat sahabat kita menanti cabutan bertuah, antaranya ialah Taukeh kedai basikal terkenal di Taiping berhampiran Hospital Taiping. Beliau yang duduk diatas lantai menongkat siku dengan lutut, 4 dari kanan, tentu dia sponser banyak nih.


Sekian, beginilah adanya.

Sunday 20 July 2014

L177 Durian di Bukit Beruang, kayuhan tenggelam.


07/06/17

Bak pucuk dicita ulam yang datang. Allah swt kurniai durian sehingga tak termakan. Masin mulut sahabat, sdr Anuar merangkap tekong kayuhan hari ini, durian ditemukan, malah terjatuh betul2 dihadapan Nasir Osman, nasib baik, kalau tidak.......   Durian kahwin dibeli, durian kampung diberi percuma. Nah ndak apa lagi, balun sampai tak lalu, ambik kau. Allahuakbar, terlalu banyaknya nikmat yang engkau curahkan.

Yang pasti, cerita dan gambar durian mengalahkan topik kayuhan.

Fahmi menikmati keharuman durian

pilih pilih
Durian kahwin



durian kampung

Tak larat dah nak makan - Lan dan Azmel

Tak larat jom balik. Buleh la kayuhan dalam 30km code hari ini.


Sekian

Sunday 13 July 2014

J23 Mini Jamboree Hulu Selangor

01/06/2014








Setiap jamboree pasti mencetuskan kenangan yang berbeza. Tak terkecuali disini. Kenangan dimana laluan nya pendek tetapi mencabar. Lebih lebih lagi berkayuh di hutan hujan khatulistiwa disini - daerah hulu selangor Kalumpang.

Ambil kesempatan untuk pulang ke kampung isteri di Slim River. Dari sini awal pagi ke Kalumpang ketapak Jemboree bersebelahah Masjid Kalumpang. Jambori kali ini berkayuh bersama saudara Nasir bersama keluarganya yang bermalam di resort.


    Ini dia bersama saudara Nasir, pengayuh handalan daripada Lunas, Kulim Kedah

   Lokasi perhentian dan solat subuh,Masjid Kalumpang. Tapak jembori terletak bersebelahan masjid ini.

boleh nampak kubah masjid



Taklimat daripada boss kawalan trafik hari ini

video kayuhan nya







 sebahagian gambar gambar track kayuhan, ehsan Arbalac Lai





buah tangan untuk dibawa pulang, spray rantai ana punya, topi - Nasir yang dapat





dapat tempat ke 149 daripada semua peserta yang dianggarkan 800 orang. Veteran , no 31.


Sekian

Friday 11 July 2014

L175&L176 Dua kali Bukit Botak

24/05/14

Hari ini join rider rider junior yang kuat2 belaka. Ana seperti biasa...dibelakanglah. Tumpang kekuatan semangat pun jadilah, untuk menjana peluh supaya keluar. Dalam seminggu dua hari sahaja dapat berkayuh, so dengan sesiapa sahaja ana join dan hormat semua rider.

Rider muda belia .... berjaya

ana di bawah pun berjaya jugak....berjaya keluarkan peluh..jadilah

perbezaan yang ketara


duri pelepah sawit...menyebabkan pancat...so apalagi, tolong menolonglah

best lahh



laluan baharu

sebelum tamat redah anak sungai

Sekian

15/06/14 datang lagi kesini.........

Mengayuh bergantung kepada jiwa. Jika dia pecinta alam semula jadi, pilihlah Mtb, jika pecinta roadbike, onroad lah jwpnya. Ada pencinta kedua2nya. 

Bagi jiwa ana dua dua ok, tapi MTB sikit lebih. Inipun setakat waktu sekarang lah, waktu kehadapan ...walahuaqlam. 

Sekadar Allah beri secebis kekuatan , terima seadanya. Esok lusa jika dah tak boleh berkayuh.....pun Alhamdulillah














hijau hijau hijau...love it so much


Sekian