Monday 22 September 2014

L178 Kayuhan sambut puasa di Hulu Mahang 4 (pembalakan meragut keindahan kayuhan)


Sebelum masuk bulan puasa 2014, sahabat sahabat bertekad untuk ke sini. Ana pun turut terjah. Selain perolehi kayuhan yang baik untuk kesihatan, kami dihidangkan dengan ........ balak, lori balak dan pembalakan. Huh semakin menjadi jadi disini. Rakus..rakus...rakus. Itu saja yang ana boleh cakap. Apa yang mampu di buat? Yang pasti ana .... tidak redho dan hati penuh dukacita. Cetusan hati ....pembalakan mencuri keceriaan kayuhan kali ini. 




Kami enjoy kayuhan kerana senaman yang baik, tetapi tidak sekali bersuka hati dengan pembalakan.

Ya Allah, alam menangis angkara rakusnya manusia, hati kami turut menangis




Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak 1435 Hijrah

Sekian.

Sunday 7 September 2014

FR37 Kayuhan Amal Ibnu Sina 2 Serdang Kedah yang tidak mendapat sambutan

21/06/14

Kayuhan kali ini ialah untuk sumbangan amal kepada sekolah Maahad Tahfiz Ibnu Sina yang terletak di masjid lama Serdang, Kedah.

Terdetik dihati betulkah tindakan ana jika ana menceritakan tentang kekecewaan? Tetapi adakah salah jika itulah hakikatnya apabila kayuhan amal yang murni ini tidak mendapat sambutan, berbeza dengan sambutan dan kayuhan amal Ibnu Sina 1 di Kulim yang mendapat sambutan baik malahan penganjur memperolehi sumbangan derma yang baik dan mencukupi. Pada perkiraan ana, kayuhan ini tidak sampai  30 orang pengayuh awam yang hadir selain anak2 murid sekolah tahfiz ini sendiri. Tuan tuan bayangkanlah situasi ini. Apa sudah jadi.

Tiada lain yang ana dapat katakan disini melainkan doa supaya Maahad Tahfiz ini akan terus maju dimasa hadapan.Mudah2an kegagalan ini tidak mematahkan semangat pentadbir sekolah dan menjadi iktibar kepada pengayuh pengayuh basikal supaya tidak memandang sebelah mata pada kayuhan amal seperti ini. Berbeza sungguh dengan sambutan yang diperolehi untuk kayuhan di mana mana jembori yang sentiasa mendapat sambutan istimewa dengan kehadiran ribuan pengayuh.






Mudir Maahad, Al Fadhil Ustaz Rohaizad memberi taklimat dan doa dan pelepasan



Laluan ini dipanggil Bukit Sejuk....memang sejuk disini.

Checkpoint






Sebaik ana sampai semula, anak2 hafiz ini menyambut ana dengan jamuan kanji. Memang sedaplah ana makan, maklumlah baru lepas kayuh.  




Walaupun sambutan kurang baik, penganjur tetap menunaikan janji dengan cenderahati dan cabutan bertuah.


Demikian adanya. Semoga kegagalan di kayuhan amal seperti ini tidak lagi berulang dimasa hadapan.

Jazakallah

13768499481578035009