Sunday 29 June 2014

FR34 Ibnu Sina

24/05/14

Kayuhan amal yang mesti disokong. Antara student2 disini adalah Huffaz hufazan. Oleh itu mari kita bantu. Alhamdulillah, nampak bunga bunga kejayaan pada kayuhan amal ini. Apa yg berjaya, ialah dari segi kehadiran yang boleh dibanggakan. Kutipan, yg diperolehi rasa ana memang berbaloi dan berjaya mencapai target. Alhamdulillah, semua ditangan mu Ya Allah.


masih awal...belum ramai pengunjung
antara sunnah nabi yg diketengahkan...berkuda. Ketibaan kuda, 2 ekor sahaja, dah memadai

daftar dulu

jam 8am tepat.....pelepasan kayuhan. Ini semasa bacaan doa


check point





dibelakang sana.....acara memanah, satu lagi sunnah

bestlah acara acara disini

yang bagus ialah murid2 muslimah menutup sepenuhnya





makan time

ada ceramah agama....wow bestlah


produk...gelek gelek...beku...buleh makan...Aiskerim goyang


semakin lengang setelah hampir memasuki waktu zohor.


Sekian



Wednesday 18 June 2014

L173 Bukit Selambau


19-05-14

Assalamualaikum

Bermula dengan perbincangan di fb antara paklong Din dengan Zulpadli Bukit Selambau membawa kepada program berkayuh disini. Perancangan beliau akhirnya menjadi kenyataan pada hari ini. Memang berbaloi berkayuh. Boleh lihat trek mereka pada pemandangan yang sayup sayup bila sudah berada diatas bukit. Rupanya disini tidak kurang hebat dengan keindahannya.



Gambar Intro. Bukit yang telah berjaya ditawan

Masjid Bukit Selambau menanti untuk menjadi medan pertemuan awal pagi




Adi menjadi backup hari ini. Memang pengayuh2 bukit selambau bersatu untuk menjayakan kayuhan ini. Tengok apa yg dibawanya menunjukan komitmen beliau. Memang Adi best lah.





ramai yang tak dapat berkayuh disini tetapi ada seorang dua yang berjaya seperti Chot

memang cantik pemandangan disini, tak terungkap dengan kata kata

hah ini dia pengayuh power...Mr Chot. Dalam jambori top 15

berhati hati, jatuh kalu.....selamat

selesai turun bukit tadi


berhimpun untuk masuk ke estate pulak


tiba di pejabat pengurusan untuk minum. Bersama kayuhan ini ialah pengurus estate ini yang turut memberi sokongan

terima kasih tuan. Ini pun dah memadai

Alhamdulillah


penghujung kayuhan, tuan pengurus memberi senyuman manis, terbaiklah tuan, terima kasih memberi peluang kami berkayuh disini

100m untuk sampai ke kemasjid ......... 'eh eh eh, eni... angkat kain dijemuran, hujan dan turun'

terima kasih banyak banyak pengayuh2 Bukit Selambau, dah lah ajak berkayuh, dijamu nasik lagi, tuu yg gelak besaq tu



Sekian

Tuesday 17 June 2014

FR33 Kayuhan Kedah Aman Makmur Kuala Nerang - Pedu


17-05-14

Hari begini, biar pasti, demi kerana Robbi.


Hari, 
berganti hari. 
Hanya meja, kertas, komputer dan insan insani, 
menagih khidmat.

Begini,
jengah sahaja pagi, melewati fajar,keluar kehaluan rezeki, 
tergapai sahaja malam,melewati ufuk merah, 
solat diperjalanan, maka pulanglah.
Begini, adalah...satu rutin.

Biar,
apabila dikesempatan ini, apabila dihari ini, yang bernama cuti.
Biar,jauh.Biar,dihairani,Biar,longlai keletihan,Biar,berbeza pandangan politik. Biar disebalik keramaian.

Pasti,
ditempuh. Pasti, terbina damai, Pasti, terbina kekuatan yang berbaki,
bila cucuran keringat mengalir keluar.

Demi,
senang begini. 
Demi, kerana mu Robbi.



- Iltizam Hidayat -









Sekian