Hari ini hati berbelah bagi disebabkan terdapat dua kayuhan berjemaah. Ingatkan nak lambung syiling tapi akhirnya keputusan dibuat ke sini kerana terkenangkan janji. Sekali lagi bersama SBCT menguji kekuatan fizikal dan mental ke kawasan ini.
Tempat pertemuan di Restoran Mutiara Tanjung Machang Bubuk jam 8.15am. Bersama anakanda yang menghantar dengan kereta tiba disini dapati ramai sahabat sedang menunggu. Lingkungan 21 orang pengayuh yang kebanyakan muda muda belaka.
Selepas bersarapan mulalah kayuhan....
Jalan Sg Lembu ke Bukit Lengkok
Mula memasuki laluan offroad
menuju bukit pulasan
kat sini pun dah agak tinggi, dah boleh lihat dataran dibawah
Kecil kecil cili api, rider tepi sekali belah kiri merupakan jaguh Tomoi yang baru memenangi kejohanan Tomoi di Pesta Seberang Jaya tahun ini 2012.
Kecil kecil cili api, rider tepi sekali belah kiri merupakan jaguh Tomoi yang baru memenangi kejohanan Tomoi di Pesta Seberang Jaya tahun ini 2012.
Kat sini basikal adik kpd Am rosak, buyong tak berfungsi, walau pun harga mahal rm800 tetapi bila ditaqdirkan Allah s.w.t rosak maka rosaklah ia. Adik Am & Am turun kebawah menamatkan kayuhan
Suhaimi dan Sharimie (Root Kundoq), termasuk ana , terdapat 3 Mie menyertai kayuhan kali ini
tak bulih tahan ooo, kalau kat Tok Kun boleh kayuh tanpa henti sampai kekemuncak, kat sini tak dapat
ana dan sahabat...sama size
peace....
hai..hai...selamat datang...
he...he...bukan tak larat ... saja tak mau tunjuk.....
borak borek....
setelah melalui single track maka pendakian tamat disini
Posing lagi....
Kumpulan terakhir sampai
ok...sekarang masa "downhill"
Takut untuk downhill lebih baik drp berlaku kecenderaan
Inilah pokok pulasan yg sebelum ini mlebat buahnya, kali ini telah di gondolkan oleh tuan kebun
setelah selesai turun ke dataran, berpisah pulang ke destinasi masing masing
Ana kesaorangan mengayuh pulang menghala ke Kulim melalui jln Sg Lembu - Keladi. Aman damai dan kepuasan tersemat dihati. Alhamdulillah, terlalu banyak nikmat yang Allah s.w.t kurniakan.
Sekian