Sunday 31 March 2013

Latihan (107) Kayuhan Pdg Besar - Haadyai - Songkhla

30 - 31/3/2013

Sekiranya mengikut jadual ana yang sebenar, sepatutnya hari ini ada lah kayuhan ke Ulu Mahang yang didaftarkan sebulan yang lepas. Tetapi mungkin kerana teringin untuk berubah angin, maka kayuhan ini dipilih.

Bersama sama sahabat sahabat semajikan seperti Zaidi Butterworth, Zaidi Baling, Norhasadi, Zul PFE dan kawan kawan baru yang lain seperti mamu, shah, madi....... memulakan perjalan seawal 4am di meeting point Tol Bertam



sebaik selesai solat subuh di masjid padang besar, acara wajip nsebelum kayuh...sarapan. Lokasi berhampiran stesen teksi. Nasi tomatonya sedap.


selesai sarapan, park kereta di kuarter KTM dimana stesyen master adalah sahabat Mamu (marshall) 

persiapan

dah sedia untuk berlepas....

posing lagi

ok...ready

cuma Zul PFE tiada dlm gambar sebab tangkap gambar

Imigration Thai

check point minum pertama, setelah melepas Sadao, sambil menunggu sahabat sahabat yg dlm perjalanan

 tiba disini dah hampir sangat dengan bandar
 Haadyai
pintu gerbang menyambut ketibaan

hah itupun sahabat sahabat lain dah tiba

sampai di Haadyai cari makan dulu, restoran ini terpilih


tukar wang.....rm 100 dapat Bath 940
 sahaja





steady Marshall










menghampiri Samila Beach





malamnya ................makan malam di Samila Beach

pagi 31/3/13 bersiap sedia pulang



memulakan perjalanan pulang




sedapnya

tiba di Padang Besar singgah di komplek membeli belah


Sekian

Friday 29 March 2013

Latihan (106) Kayuh malam Kulim Xplore

28/3/13

Alhamdulillah, kayuhan malam mula mendapat tempat di hati pengayuh pengayuh basikal warga Kulim. Bertemu kembali sahabat sahabat veteran seperti Penghulu Sabarudin dan Pak Wan yang agak lama menyepi untuk kayuhan malam bersama Happy Ride Kulim. Lebih kurang 15 pengayuh menyertai kayuhan malam kali ini.

Jam menghampiri 10 malam maka bermula kayuhan melalui Kg Keladi menuju jalan Sg Lembu menghala ke Jalan Kulim BM. Laluan kali ini agak baik kerana menempuhi banyak bukit, 10% offroad, laluan jalan utama, jalan taman taman dan bandar Kulim.

Route = dinas - sg lembu - tmn anggerik - tmn dahlia - tmn delima - offroad kuari batu - jln panchur - seri malaysia - tmn kenari - pekan kulim - dinas 30km (route ini ditulis Hafeez Halim)

Jarak = 28km

Gambar ehsan Hafeez Halim, terima kasih banyak banyk tuan Hafeez.


1,2...action....pengambaran dilakukan dihadapan hotel Seri Malaysia Kulim

Sekian

Tuesday 26 March 2013

Latihan (105) Kayuh malam Kulim Perda

26/3/13

Setelah agak lama tidak berkayuh malam kerana cuaca yang tidak menentu, di tambah pula Marshall utama yang kurang aktif mengetuai kayuh malam maka terlaksana pada malam ini bersama seramai 25 orang pengayuh malam yang tidak mengenal erti jemu.

Di ketuai oleh saudara Awang dan dibantu oleh saudara Muaz, kira kira jam 9.50 mlm mulalah angkatan kayuhan malam bertolak daripada 'meeting point' Shell berhadapan Restoran Nasi Kandar Dinas. Kayuhan menuju ke bandar Perda.

Setelah mengayuh melalui jalan sunyi Sg Lembu dan Bukit Lengkok, tiba di perhentian pertama ia itu berhadapan masjid Mengkuang.

Perjalanan di teruskan melalui pekan Penanti , masjid Kubang Semang terus ke jalan Permatang Pauh - Perda melalui Universiti Teknologi Malaysia UITM dan perhentian seterusnya ialah di kedai minyak Perda.




Setelah menikmati minuman dan merehatkan badan seketika, kayuhan diteruskan melalui Bandar Bukit Mertajam terus ke Berapit. Disini hujan mulai turun tetapi alhamdulillah tidak lebat.



Balik semula kejalan bukit Lengkok, Keladi dan tamat semula di Shell Dinas.

Kesimpulan pada kayuhan kali ini...bertenaga dalam bersahaja. Syukur kehadrat Ilahi kerana masih memberi serba sedikit kekuatan untuk mengayuh. Alhamdulillah, syukur padamu Ya Allah.

Jarak = 46km

Semua gambar gambar ehsan Awang Derus, terima kasih banyak banyak tuan.

Sekian