Tuesday 27 May 2014

FR32 Kayuhan Mesra Belia Bandar Baharu Kedah

27/04/14


















Bagai langit dengan bumi, perbezaan Kayuhan Belia diSerdang Kedah ini jika dibandingkan dengan Kayuhan Belia Jawi SPS 19/04/14 baru baru ini. Jika di Jawi tiada penglibatan anggota Polis kecuali polis trafik tetapi dikayuhan dipekan Serdang ini, Pasukan Polis banyak terlibat dan menenggelamkan peranan urusetia2 belia. Checkpoint2 utama anggota polis sendiri yang tunggu dibantu belia2 berbangsa cina. Daripada ucapan Ketua Polis Serdang, beliau sendiri sedang merancang untuk melaksanakan jambori di Serdang Kedah.
Kayuhan ini juga melibatkan anggota2 Polis muda muda belaka seperti daripada Balai Polis Pengkalan Hulu yg mengirim beberapa Rider yang muda belia dan bertenaga. 

Walaupun hanya lebih kurang 50 pengayuh sahaja yang hadir termasuk 3 pengayuh daripada Betong, kayuhan kali ini bukan Fun Ride biasa. Bagi ana ianya mirip kepada mini jambori dimana laluan adalah 95% off-road. Banyak laluan perparit dan sungai kecil. Berbukit sudah tentu. Puncak tertinggi yg dipanggil Bukit Screen sangat mencabar ditambah pula trek yg basah dan tayar menjadi 'Donut'

Kredit untuk en Khalib pengayuh mengelilingi dunia, yang bekerja keras di Kayuhan ini, yang bertanggung jawap mencari laluan. Sebagai pengayuh berstatus antarabangsa sudah tentu kayuhan kali ini 'kacang' baginya apabila menjadi rider pertama sampai (ada Medal beranking). Pengayuh daripada Betong menduduki ditempat kedua. Setelah sampai di garisan penamat , en Khalib berpatah balik mencari pengayuh pengayuh lain yang sesat dan pengayuh muslimah. Beliau memang kuat.....baq hang. 

Apa2pun memang best lah kayuhan kali ini. Mungkin hari ini ana menjadi pengayuh tertua...maklumlah kayuhan belia bila ana yg senior ni mai kayuh orang panggil Pak/Tuan Haji lah, ustaz lah he..he..

Kesimpulan bagi ana kayuhan ini ....... 'jangan dipandang sebelah mata'. Ini kerana awalnya ana anggap fun ride biasa dan ambil enteng. Bila dah mula kayuh masuk off road....aduhai.....bernyanyi tak berlagulah jadinya.

***Catatan daripada pengayuh tak larat dan daripada ana pengayuh yg masih remaja..........remaja purba. :)

Azmel dan ana dah sampai kepekan kecil Serdang Kedah tempat kayuhan.

Tempat pelepasan kayuhan hanya didepan ana, manakala masjid baharu Serdang dibelakang ana.

Bertemu sahabat - Mohd Hanif 

Marshal aka penunjuk arah............pengayuh dunia ialtu Khalib Zakaria (gambar lamanya). Beliaulah yang mencari trek untuk bayuhan belia ini.

Nampak kayuhan ini macam kurang dapat sambutan, tetapi itu bukan agenda utama ana. Paling penting dapat berkayuh memerah tenaga dan berpeluh. Sebenarnya kayuhan ini hanya acara paling awal sebelum bermulanya xtvt belia spt futsal dan lain lain.


berhenti untuk regroup. Khalib ditengah berbaju merah biru

Sahabat daripada Betong, Thailand

disini memang tidak dapat kayuh sebab tayar jadi donat

sahabat Thailand turut membantu angkat basikal sahabat






hai bro, amacam kayuh di Malaysia? Takkan termenung kot ha..ha..

ok, get ready utk sambung kayuh ke Bukit Screen

tak larat kayuh kita tolak, takda masaalah


screen besar dibelakang, ini yang dimaksudkan...bukit screen






dah nak sampai

Alhamdulillah

Lawa kasut........tengok kaki la

dobi mendobi


Sekian

Saturday 24 May 2014

FR31 Program Komuniti Fit Baling


26/04/14

Jarak 85km

Aduhai lah emak, bagi ana yg veteran ni, teruuukkkk mengayuh walaupun tarmac, kerana berbukit bukau. Maklumlah injin lama.

Kejadian di Baling, kumpulan Happy Ride di ketuai Paklong Din bertolak selepas subuh. Sempat minum2 di Nasi Kandar Pokok Ketapang dekat SMA Baling.

Dibawah ialah kejadian pertama berlaku.......bergambar...........

2 kumpulan utama yang membawa watak.....HRK dan BCC



sampai di Pengkalan Hulu, mendaki dah nih, mana ada downhill, kalau ada sikit jee

Sharul, tuan memang terbaik, menemani ana dan membawa pelbagai cerita menarik

break dipertengahan kayuhan, dah mula panas disini

BCC menyediakan backup vehicle dan marshall......... memang terbaik. Beberapa sahabat ana yang tak berapa fit senang2 saja dibantu.

Kawasan drp daerah Baling ke Pengkalan Hulu , terus atas lagi entah apa nama tempat, nanti tengok signboard, memang terkenal dengan bukit bukitnya. Fuhh parah jugak ana mendaki. Tapi tak serik, ada peluang buleh mai lagi haehhhhhh

 ada yang bawa keluarga sebagai backup vehicle



hai sahabat2...berehat ye bang

sampai semula di Baling.....legaaaa......lepak sekejap sebelum pulang meninggalkan memori indah berkayuh di sini

Masjid kenangan

ueeeeehhhhh...rupanya dalam daerah Gerik dah haeehh, patut tu la .....parahhh , mau terputus urat habeeh, he he, apa apa pun , memang bestlahh berkayuh disini bersama Baling Cycling Club.

Jazakallahukhair, sekian

Wednesday 21 May 2014

L170 Kayuhan jejak semula 'geng jahat the lagend' ke Bukit 3M dan Bukit Botak via Kg Sera


20/04/14

Lokasi - Kampung Sera Jln Sungai Ular , Kulim, Kedah

Video - lihat di akhir.

Bismillah......

Amboi , ana nak mai sangat, nah ambik sebijik, padam muka aku, kaw kaw meleleh, tolak gerek dah tentu. Sedap dan lazat tak terkata, tak tau macam mana nak hurai. Nak tau lain kali jom ikut.
Walaupun memang tak sampai pun 20km offroad tetapi tak mau kata apa kecuali - 'pada aeh'.

Maha suci Allah yang mengurniakan cuaca teramat baik, dingin dan damai serta serba sedikit kekuatan mengayuh dikala usia menjamah separuh abad ini.

Untuk makluman, kayuhan onroad tak akan merasa nikmat dingin semulajadi dan seindah ini.



Doa oleh Al Fadhil Ustaz Nasir

Jommmmmmmmm




Aduhai...berdondang sayanglah 
Lokasi - Bukit 3M

Shahrul yang ceria dan bertenaga kerana di sini tiada yang lepas mengayuh kerana curam

Percubaan Ustaz Nasir yang hampir berjaya


Perbezaan ketara 'Sikuat dengan Sitakkuat'

biasalah , kayuh berhenti, bergambar


wow wow wow

berbaloi

berehat sebelum kekemuncak Bukit Botak

 tolak pun jadilah, jangan memaksa. Sahabat lain pakat kayuh belaka 


 bersenang senang setelah bersusah payah


 on the way turun singgah dipondok senget ini


untuk menonton di You Tube sila ke link dibawah, hasil nukilan Wangde, anda memang rajin dan terbaik


Sekian 

Jazakallah Khair