08/02/14

Tokwan&sahabatnya, Wangde dan Ashraf....mantap semantap2nya
Kayuhan onroad 100%. Kumpul di Bank Muamalat Kulim selepas asar dan dikepalai Tokwan.
Route - Sekitar Kulim Hightech
Ana terawal sampai, disusuli Asyraf yang tolong ambil gambar ini
Datang yang lain
Biasalah ...ana kayuh belakang sekali, Marshall lah konon. Depan ana Asyraf dan depa yang mantap mantap. Seorang rider sahabat tokwan jumpa diperjalanan terus kayuh bersama.
Depa mulakan kayuhan mantap...serius mantap
Rider mantap mula menjarakkan diri dan mengorak kayuhan, termasuk Asyraf yang cukup bertenaga..muda belia.
Ana semakin lama semakin lemah dan longlai kerana sebelah pagi menghadiri pemilihan

untuk kesukan bank dan banyak habis tenaga disitu.....alasannnnn

untuk kesukan bank dan banyak habis tenaga disitu.....alasannnnn
Di 3/4 kayuhan akhirnya ana tersadai disini. Pesan kepada sahabat yang dibelakang untuk maklumkan kepada Tokwan supaya mereka teruskan kayuhan dan ana break disini.
Sebenarnya kayuhan ini elok di isi tajuk Kayuhan depa mantap ana ceroi.

Sekian