Sunday, 3 February 2013

Latihan (92) Kayuhan Bukit Tebuan Sg Kechil

3/2/13

Sunday bike Nasha yang menganjurkan kayuhan ini. Terima kasih banyak banyak kepada beliau kerana ana mendapat pengalaman baru berkayuh di sini. Pengalaman pertama kali. Antara yang ikut serta ialah Nasha, Nasa, Am, Chin dan Shah.

Jarak = 19km 100% offroad

Walaupun tak sampai 20km tapi mak datuk penat gila. Memang kaw kaw trek di sini tapi teduh, itu yang terbaik.

Apa apa pun Sunday Bike bersarapan dulu.....


Sampai saja di Komplek Sukan Sg Kechil rupanya ramai sahabat sahabat baru sudah sedia menunggu. Kebanyakannya daripada pengayuh tempatan Tebuan Riders diketuai oleh cikgu, paksu dll, ada dari Bagan Serai Perak. 

Kayuhan dimulai dengan bacaan doa

Bertemu sahabat seperjawatan rupanya turut berkayuh---- Azam Shaari, masih single

macam mini jambori

Orang orang kuat 
Sunday Bike
memasuki offroad

cobaan intro...yang pertama....yang ini sikit ja

tunggu semua pengayuh sebelum mendaki bukit pertama yang.......ana banyak tolak ha..ha..

rehat setelah cobaann pertama

biasa la, gambar gambar gambar posing posing posing




selesai bukit pertama , bersedia untuk kebukit kedua



hah ini dia bukit nya, nampak macan rendah tapi....basah lencun la baju seluar

rider muda belia mendaki

rehat lagi, peluang utk rider yg tak larat ambil nafas


ini belum di kemuncak bukit lagi





haaah...di sini lah kemuncaknya. memadai disini walaupun difahamkan masih ada satu jarak kayuhan lahi utk ke puncak teratas yang dikatakan ada round about...tudia haeh



bersiap sedia untuk turun

sebelum bersurai ...ini lah gambar kenang2an terakhir

Sekian

Saturday, 2 February 2013

Latihan (91) Bukit Langkap & Bukit BM via Berapit

2/2/13

Segerombolan pengayuh daripada Kulim memulakan kayuhan daripada meeting point - Surau Pondok Labu seawal 7.45am. Rancangan awal untuk mengayuh ke Bukit Langkap sahaja tetapi kemudiannya ditambah lagi ke Bukit BM melalui Berapit kerana ada sahabat yang mahir selok belok jalan ini mengesyorkannya.


get ready

gooooooooooooooooooooooooooo....................

biasala bro, stop ambil nafas rutin biasa 

dan lagi ana berposing

sampai di kaki bukit Langkap


ini dia laluan ke atas...tak tinggi mana pun, tapi......ana tercungap2 lah juga

hah ...dah berada di atas

belakang sana , Penang

berhenti di sebelah pemandangan Mengkuang Dam pulak



ohh....tak jauh....tak sampai 12km pooonnn...



aiiiii........tak habis habis berposing. Kalau tidak silap nun dibawah hujung sana adalah kawasan Kulim


okay dah sampah di tanah pamah, setelah perbincangan, sambung pulak kayuhan ke Bukit BM melalui Berapit

onroad nya tak jauh, anggaran 5km sahaja

hah...dah nampak Bukit BM




apa lagi....mula la kayuh. Kayuh cek oi, kayuh

orang kuat HRK & PGA


laluan/jalan memang cantik, cuma satu masalah besar,najis anjing banyak, alahai kena samak nihh kalau kena



hasil kayuhan yang pertama dapat dinikmati....canteek bro kat sini





wow...lawa lawa...masuk bakul angkat sendiri





hai puas hati ....... banyak nya gambar berposing, ana mengalahkan model pulak

laluan turun...bergambar sambil menunggu sahabat2


masa untuk berpisah.......posing last kopek

Sekian