Tuesday, 10 December 2013

Latihan (145) Bukit Bendera - Air Itam Dam

7/12/13

Kayuhan kali ketiga untuk ana ini ke Bukit Bendera kali ini bersama dengan 27 orang sahabat diketuai Paklong Din dan Wangde.

Jarak = 28km

Route = Taman Botanical - Puncak Bukit Bendera - offroad downhill Air Itam - FRU Air Itam - Taman Botanical.

Gambar gambar, ana sendiri dan sebahagian ehsan Paklong Din & Wangde




menghampir puncak

selepas makan, posing



mula memasuki laluan offroad downhill











sebelum pulang penaik nasi kandar Hameediyah Permatang Pauh



Sekian

Monday, 2 December 2013

Latihan (144) Track Jambori LP

1/12/13 cantik kan tarikh ini



Oleh kerana Jambori LP Bukit Mertajam ana tak dapat sertai disebabkan dah penuh, kayuhan kali ini pasti tak akan dilepaskan kerana 60% laluanya tidak pernah ditempuhi.

Walaupun dalam keadaan separuh demam, selsema dan batuk ana tetap mengayuh dan Alhamdulillah berjaya habiskan kayuhan. Pada permulaan kayuhan hampir 30 pengayuh sertai tetapi apabila tamat tinggal belasan sahaja.

Route = Masjid Keladi - Jln Sg Lembu - Simpang Tiga Mengkuang - Kampung berhampitran Tm Guar Perahu - Offroad yang panjang - Jln Mengkuang Ara Kuda - offroad ke Langkap melalui Shell BKE - Bukit oad- Offroad yang panjang - Keladi

Empat gambar ana snap (kemudian memory full), gambar yang lain dan video ehsan daripada Wangde

untuk tengok video, sila klik dibawah ini:-
http://www.youtube.com/watch?v=Jjllak4HsFg


7.50am Masjid Keladi, meeting point




mula memasuki offroad yang mencabar














Dari sini terus menuju ke jalan Mengkuang - Ara Kuda dan memasuki offroad menuju bukit Langkap melalui Shell BKE. Daripada Bukit Langkap , offroad yang agak panjang terus menuju ke gerai buah simpang tiga ke Keladi , lansung balik semula ke Masjid Keladi tempat permulaan awal pagi.



Sekian 






Latihan (143) Kayuh solo ke pejabat

30/11/13


Cartoon Cyclist. - stock vector




Route = Kulim - Lunas - Ara Kuda - Jarak - Padang Chempedak - Tasek Gelugur - Kubang Menerung - Pinang Tunggal - Bukit Beirut - Taman Seraya - Taman Kempas - Taman Sejati - GMart - Petani Jaya - SP Square - Jalan Sekerat - Lagenda Height

Jarak = 45km

atas flyover menuju Jarak, nun jauh disana ialah Bukit Mertajam


Masjid Padang Chempedak , jumpa sahabat Nizam, beliau yang ambil gambar ini



anak anak remaja Tasek Gelugur

terjumpa sahabat lama Amin yang tekun beriadah dan bersenam

beliau test basikal ana dan berminat, mungkin satu hari beli basikal


sahabat TGR yang kuat kayuh Mokhtar Said pun beriadah disini
mula memasuki mini tar dan offroad melalui Masjid Kubang Menerung

disini petani mula menyulam

Jambatan keretapi lama di Pinang Tunggal


bila dah melalui kawasan ini tak lengkap jika tak kayuh naik bukit Beirut

Gunung Jerai

Masjid Pinang Tunggal Kedah

dari posisi lain

singgah di kedai basikal berjumpa lagi sahabat - Sham dan abangnya


Sekian