Monday, 16 June 2014

L172 Kayuhan Ulu Mahang, antara Ukhuwah dan Pembalakan

13/05/14


Intro.....

Simbolik penderitaan orang awam isu balak - pandai hang Man nuuuu, hang Siam pun tau

Cuti umum hari ini diisi dengan kayuhan kali ke3 ke sini. Terngiang2 imbasan kembali kenangan pahit tragedi isteri sahabat terjatuh didepan mata semasa downhill disini. Alhamdulillah beliau sekarang sihat walafiat.

Jauh berbeza Ulu Mahang hari ini dengan setahun yang lalu. Penebangan hutan utk pembalakan amat ketara. Alam semula jadi musnah angkara kerakusan. Laluan yg dulu lengang kini sibuk dengan jentera dan pacuan 4 roda. Hancussss.

Apa apa pun, yg ketara pd kayuhan ini ialah ukhuwah para pengayuh yg teramat baik. Bahagia rasa bila ana bersama sahabat2 yg sehati sejiwa, seia sekata tanpa rasa berbeza walaupun dikalangan pengayuh ada sahabat Cina dan India serta pelbagai latar belakang.

Semoga ukhuwah berpanjangan. Kayuhan kali ini pasti meninggalkan kesan terbaik dalam lipatan sejarah kecuali segelintir manusia2 rakus dgn pembalakan tadi.

Jazakallah kpd Man Tomyam yg ajak ana kesini. Juga sahabat2 lain Sabri,Ali, Ooi, Aru, Amin, Wangde, adik wangde, Lan, Mel, Nuar, sahabat Ali, Nasir, Anda2 semua memang yang terbaikkkkkkk :)


8am gerai roti canai trafic light Jln Sg Ular


Allahuakbar ...ada kemalangan pulak....

 

get ready

sempoi sahabat ana ini...semangat ini yang kita mahu



Lets go



masuk sahaja laluan kayuhan...dah jumpa kayu balak

berhenti penat mengayuh.....ha..ha.. macam macam ragam

lagi aksi sahabat sahabat


ini yang spoil nihhhhh






awat la kerap mai sangat ni...segok la

tak laraaaaaaaaaaaaat..tulun tulun.....

depa ni steady ja

hah dah sampai....Alhamdulillah......hmmmmm 12km mendaki sahaja


saat bahagia makan bersama

jom mandi



puas mandi baru balik...12km downhill....layannnnnnnnnn

Ya Tuhan kami, selamatkan lah alam semulajadi dibumi ini daripada kerakusan manusia.

Sekian

Sunday, 15 June 2014

L171 Bukit Pulasan


11/05/14

Masya Allah, cantik sangat bagi ana

tunggu sahabat2 lain...sharp 8.00am ana disini

dah tiba...welcome semua

jommmmmmmm

climbing ... perkara biasa....asal berpeluh


tak larat.......... relex, sambil borak, enjoy kan :)


tak larat....lepak, jgn lepak kat shoping centre sudah, huduh bebeno, dah tua, ana lah tu






kombinasi sangat cantik, rider dan alam

penatlah makngah

jomm turun


Sekian

Wednesday, 11 June 2014

J22 Mini Jambori Taufikiah "Pondok Pak Ya"

10/05/14




Aslmkum,Bismilah, pada mulanya fulamak pengayuh2 muda pecut mcm tak cukup tanah pada flagoff. Kemudian baru tersedar marshall polis tak dan nak escort baru depa slow tu pun sikit sahaja. Kemudian barulah Polis memecut kehadapan utk escort. Lemas perut bila beremba laju2 ramai2, risau sorang kiot, teguling10 org, wanauzubillah. 

Kayuhan hari ini cukup nyaman, tanah agak lembab, memang best sangat. Bersaing dengan Paksu Tebuan Rider aduhai tak terkejar. Seorang sahabatnya ada masalah gear panggil paksu tolong, hah ana ingat boleh lah potong dia, rupanya tak lama kemudian dia mai balik potong ana. Kuat sungguh sahabat ana ini. Belakang paksu, Syahrul Korie bersaing dan bersembang2 dengan ana. Dia bercerita macam duk bersembang kat kedai kopi, ana heran sungguh sikitpun dia tak penat berbanding ana yg mengah sesangat hi..hi. Sampai dicheckpoint keempat ana lansung ditinggalkan Sharul yg kayuh dengan bersahaja.

Hari ini pd cabutan bertuah Alhamdulillah Allah SWT menghadiahkan sebuah basikal Giant (tempat ke2)...rezeki anak2. Terima kasih yg tidak terhingga kpd Shahril Hasan & the gang yg byk membantu. Tuah ana pada hari jadi Sharil yg jatuh pd hari ini. Allah ganti basikal raleigh yg hilang dgn yg lebih baik Giant, Subhanallah.

Disebalik itu sahabat ana PaK Ein mengalami tragedi apabila patah tangan tangan apabila tergelincir di laluan kebun getah. Semoga cepat sembuh Pak Ein , Amin.





Sebelum line up...pantang jumpa sahabat2...memang bergambar punya







santai

Selamat sampai dipenamat Alhamdulillah





rezeki anak anak


Sekian