Sunday, 18 August 2013

Latihan (127) Kayuhan Raya 'reverse trek' Air Terjun Junjung & hantu

18/8/13

Masih terasa suasana raya, terlaksana satu kayuhan gabungan pengayuh pengayuh Kulim, Padang Serai dan Seberang Perai

Dah tiba tok penghulu yang dinanti nanti bermakna kayuhan akan bermula tidak lama lagi

tiga marshal bermotorsikal yang bakal mengiringi kayuhan kali ini.......tabik la tuan2 nih

kali ini kayuh ada teman....pisang

pembakar semangat kayuhan kali ini

sorang lagi orang kuat Happy Ride Kulim

bersiap sedia utk 'reverse trek'. Doa ringkas.....and go..

lebih kurang 1/2 jam kayuh, masih bersemangat dan senyummmm, lepas ni .....tengok la apa akan jadi hi..hi

dah sampai checkpoint pertama

terus kayuhan mendaki...tak mau cakap dah dgn sapa sapa.....ana dah mula tak larat dan mula tolak

nasib baik sempat sampai di perhentian kedua....apa lagi...posing




dalam perjalanan ke Kampung Badlishah 

singgah ditempat hentian RNR bersungai


lepak kat kg Badlishah sambil cari keperluan kat kedai.......apa lagi ..... ayak minum la

bersiap untuk kayuhan babak kedua

steady orang kuat


bersama sahabat yang dah beberapa kali naik podium kategori Veteran di Jambori- Yusri, org kuat nih

hah tudia.....dah tenganga....tak larat oi, ..........

Yusri !!
...selamber jer kayuh



basikal dah tersadai...orangnya dah tersidai...takmau tunjuk...malu sebab separuh pengsan

hahhh...lega ....downhill yang di cita cita

he he...buleh senyum balik


Alhamdulillah...sampai dah semula ke Air Terjun tempat permulan...lega, sahabat2 terus buat apa yg patut


Selamat Hari Raya...senyum lebak nampak.....makan la kueh raya tu

perjalanan pulang terserempak dengan tempat berhantu...sebab ana ni hantu......hantu durian, tak boleh lepas nih

cantik durian ni, yang kanan sekali..Musang King...rm35 sekilo

fuhlamak...terbaik la.....pueh hati, penjual durian cerita durian Malaysia antara yg terbaik, mengalahkan durian Thailand dan Indonesia. Orang Indonesia pun ke Malaysia cari durian terbaik. Di Malaysia durian terbaik ialah di Penang, tapi ana tak perlu ke Penang walaupun dekat sebab kat sini (depan PGA Kulim) duriannya cukup istimewa

bawa balik la .....orang rumah pun hantu jugak
3 biji = rm40

sampai rumah servis dan basuh basikal belakang unser...........eh mudah lah sangat basuh bila basikal digantung macam ni, tapi jangan buat selalu, mau longgar bonet unser

Sekian...(antara kayuhan kenangan terbaik)

Jumpa lagi Insya Allah

Saturday, 3 August 2013

Latihan (126) Kayuhan solo KHTP jalaikan

27/7/13

Mengisi petang 18 Ramadhan 1434 ini digagahi dengan kayuhan lebih kepada melepaskan kerinduan untuk mengayuh sebenarnya. Maklumlah bulan puasa 30 hari lah juga, takkan kayuhan lansung tiada. Terdapat satu lagi kayuhan malam Ramadhan yang tidak dicatatkan disini dimana kayuhan bersama 8 sahabat2 kayuhan. Berbalik kepada kayuhan ini maka satu kayuhan mengelilingi Kulim High Tech Park terlaksana selepas asar.

Route = Tm Bidara - KHTP - Lunas - Tm Bidara


 Kilang besar - First Solar

 tertarik dengan pertemuan 2 remaja menjala di kolam KHTP ini, berhenti, snap gambar, sambil rehat melepaskan lelah kayuhan.


 boleh tahan besarnya talapia ini


hasil dalam masa 1/2 jam sahaja

Lepas ini ana pun beredar pulang dengan kayuhan kerehatan minda

Sekian

Tuesday, 16 July 2013

Latihan (125) GUNUNG JERAI II

7/7/13

Di ketuai Pak Long Din, berkumpul lebih kurang 20 pengayuh bertandang dgn basikal buat kali kedua bagi ana tahun ini ke Gunung Jerai. Bersama Man Tegap menaiki corolla seawal jam 5 pagi. Meeting point HRK ialah di Petronas Kulim Square tapi ana & Man bertolak dahulu kerana Corolla 'very2 slow' he..he..

Gambar gambar ehsan Najip Paklong Din Wangde dan Hardy Ishak


walaupun penat berbaloi bila ditemani bunyi unggas rimba belantara yg amat ana cintai
Damainya hati






Waktu pulang, Man tegap belanja nasi kampung di Kepala Bukit Gurun, best sesangat, TQVM Man.

Sekian

Saturday, 6 July 2013

Latihan (124) Kayuhan Mahkota 3M Infanion

Sabtu 6/7/13

Bersama Marshall terbaik Sabri, Awang, Paksu, Bad dan seorg lagi bertemu di 7 11 Jln Sg Ular dan jam 8 mula kayuh.

Jarak = 17km offroad 6km onroad = 23km

Kayuhan dimulai dengan kayuhan on road sejauh lebih kurang 4km mula memasuki taman mahkota untuk ke kawasan offroad........















Sekian