Sunday 16 June 2013

Latihan (120) Bukir Bendera, Tiger hill & Trek 100 tahun

16/6/13

Route = Kulim - Jambatan P Pinang - Kebun Bunga (Berkereta) - Puncak Bukit Bendera - Tigerhill - trek 100 tahun - Air Itam - Kebun Bunga

Jarak = Onroad 5 km mendaki, 20km offroad , 5 km onroad = 30km

Sebahagian gambar ehsan Wangde

Antara video terbaik Wangde..............


terima kasih banyak banyak wangde, banyak juga video gambar ana he..he..
Semoga Allah sahaja yang membalas jasabaik tuan.


seawal 7.30 berada di Tol Jambatan PP


Sebelum mulakan kayuhan jangan lupa ambil gambar. Ini baru sebahagian pengayuh, sebahagian lagi menunggu ditepi jalan.


Depa ni memang kuat kuat. Ana, tolak la jawapnya.




setelah tiba dipuncak selepas menjamu selera inilah jawapnya.....





mula menuruni dan berhenti di checkpoint pertama


Teruskan kayuhan sehingga memasuki trek 100 tahun. Peritnya ana mengayuh menuju ke trek ini Allah SWT saja yang tahu. Ingatkan downhill saja rupanya masih kena mendaki. Tambah pulak perut penuh makanan, aduhai.

hampir 10 batang pokok tumbang melintang sepanjang perjalanan trek ini. Ianya melambatkan dan memenatkan.

bermandikan peluh

nasib baik kayuh berhenti kayuh berhenti, boleh lah sambil mengambil kerehatan

Hampir jam 2 barulah mula nampak jalanraya di Empangan Air Itam. Laluan ini membawa terus pulang ke parking kereta di Kebun Bunga.

Kesimpulan kayuhan kali ini memang antara yang terbaik dan I LOVE IT SO MUCH

Sekian.

No comments:

Post a Comment