Jarak = 29km (90%offroad)
Sebaik selesai Fun Ride Thompson Trail Cameron Highland, ana terus ke ibu negara untuk kayuhan seterusnya seperti yang dirancangkan......Mount Kiara.
Diketuai oleh Shumi, (http://da2ndbesthinginlife.blogspot.com/) peserta Langkawi International MTB 2012, yang amat ambil berat rakan rakan kumpulan kayuhan ini, lebih lebih lagi diri ana 'orang lama' ini. Memang enjoy berkayuh dengan beliau walaupun beliau sememangnya orang muda yang cukup bertenaga tetapi amat bertimbang rasa.
Awal pagi mulakan kayuhan ...............
Kapten dan marshall terbaik..........Shumi
mencari bekalan tenaga sebelum berkayuh
Tapak permulaan.........Taman Lembah Kiara, Taman Tun Dr Ismail

Laluan kayuhan
Turun kebawah di kawasan perkampungan, selesai bab kayuhan pertama
Sweeper yang senantiasa menemani ana yang tak larat...En Sopian
Ah..lega rasanya bila dapat lepak minum minum kat sini dan selepas ini bolehlah balik semula ke homestay
rupanya tidak balik ke homestay sebaliknya tadi merupakan separuhmasa pertama...aduhai. Mula menjengah semula ke trek Kiara yang ' lazat ' itu...he..he....
Disini baru selesai 1/8 kayuhan pendakian (separuhmasa ke2).....kata Tuan Kapten Shumi. Ada 7 laluan mendaki lagi. Masya Allah Masya Allah. Disini ana dah mula pancet(keletihan).
Kuatkan semangat , kumpulkan kekuatan untuk memasuki lagi lorong danau hutan Kiara seperti ini. Semuanya laluan mendaki
kepenatan usah ditanya lagi,.....nasib baik boleh tolak,...sedikit kelegaan
tak boleh tahan.....lega boleh rilek sekejap seperti ini
mendaki lagi la bro......mau pengsan pun ada
Akhirnya sampai jua 8/8, semasa ini ana memang dah betul betul kehabisan tenaga. Syukur bila diberitahu laluan seterusnya ialah menuruni bukit. Alhamdulillah, leganya rasa.

Downhill!!!!.................layannnn
Sampai semula di Taman Tun Dr Ismail apa yang dicari tak payah diberitahu...dah boleh agak........
time paling enjoy bila dapat santai sebegini
hujan turun, 'lokoeh' la jawapnya
mandi manda, rehat dan tidur 1 jam di homestay dah memadai sebelum bersedia untuk pulang ke Kedah. Sememangnya kenangan di Kiara pasti tidak dilupakan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua sahabat sahabat............ Sopian, Oii, Kent, Ali, Din dan lain lain serta pasti tak dilupakan Kapten....Shumi yang banyak dan tidak jemu jemu memberi semangat kepada ana. Jazakumullahkhair.
Sekian
No comments:
Post a Comment