Sunday 29 December 2013

Latihan (147) Kayuhan Banjaran Titiwangsa

25/12/13


Target ana bersama sahabat daripada Kulim dan BCC Baling hari ini - Kemuncak tertinggi Titiwangsa melalui lebuhraya Timur Barat Jeli Gerik

Mengambil peluang cuti umum untuk berkayuh bersama sahabat sahabat BCC (Baling Cycling Club). Mereka mungkin berjumlah sekitar 20 lebih pengayuh termasuk kanak dan remaja yang memang kuat mengayuh. Kumpulan ana daripada Kulim seramai 8 orang.

Jarak = 136 km

Konvoi ana daripada Kulim singgah di resoran mamak disimpang empat 3km menuju Hentian Perah untuk solat subuh dan minum minum. Man Tomyam selamba berselubung kain pelikat, cool jer sahabat ana nih.

meeting point


sahabat sahabat BCC pun sampai

group daripada Kulim Man, Saidian dan Lan dah bersedia

group sepenuhnya yg hadir drp Kulim yang akan mengayuh hari ini 

Taklimat drp Ketua BCC saudara Wan

Bacaan doa oleh seorang Ustaz (no 2 drp kiri)

get ready, sebelum tu posing semua rider dan berlepas

melepasi Tasik Banding, melepaskan penat


Ada ketika kena kayuh sorang sorang takut juga jika terserempak dgn yang ini.....


atau yang ini...


wanauzubillah

tapi Alhamdulillah, tak ada pun, yang ada cuma najis gajah


lebih kurang 20km menuju kemuncak singgah di gerai ini, Alhamdulillah dapat juga menghilangkan dahaga. Kayuhan ini adalah yang pertama ana menggunakan 'Roadbike( low end bergear 8), huh teruk gila mendaki dibanjaran ini, terasa tersangat berat dan letih dgn 8 gear ini.

Jam 2 tghari baru ana sampai di kemuncak tertinggi Titiwangsa. Sahabat BCC tiba jam 12 lebih, oh kuatnya mereka mengayuh

sesekali bertemu, sedapnya berborak

selepas makan tengahari, bersedia untuk mengayuh menuruni bukit ke Hentian Perah semula.

berhenti kerana basikal sahabat pancat



sampai semula di Tasik Banding


selepas bergambar, laluan seterusnya amat mencabar mental dan fizikal. Manakan tidak , perlu mendaki berbelas belas kilo, bermula sebaik meninggalkan Tasik Banding

Man Tomyam sempat lepak lepak. 

Ana sebaik sahaja bertemu dgn Man. 

Ana turut terbaring kepenatan teramat sangat.
Menuruni daripada kemuncak tertinggi, ana menggunakan basikal mountain kerana ana lebih yakin dan merasa selamat dengan tayar yang besar. Dan apabila mendaki semula daripada Tasik Banding menuju semula ke Hentian Perah (anggaran 10 km laluan mendaki semuanya), bermulalah keazaban dan kesengsaraan yang menyebabkan ana dan Man  terkapar kapar kepenatan disini he..he.. 

Akhirnya lebih kurang jam 5 petang baru sampai semula di Hentian Perah. Itupun setelah sahabat BCC (back up vehicle) kasihan melihat kesengsaan kami lalu mempelawa menaiki kenderaan 4x4nya. Anggaran jarak menaiki 4x4 ini menuju hentian Perah mungkin kurang 10km. Daripada jarak asal 138km , terpaksa ditolak mungkin 10km, tinggallah 128km sahaja.

Jadilah  


Sebaik sampai semula Hentian Perah, borak2,lepak2 sambil basahkan tekak.

Perjalan pulang menuju ke rumah ana diKulim menempuh satu lagi ujian iaitu memandu dalam keadaan teramat mengantuk. Jarak pula agak jauh untuk sampai ke Kulim. Apa lagi, terpaksalah melelapkan mata dalam kereta ditepi jalan selama 30minit, kemudian baru dapat sambung semula perjalanan pulang. Jamak Magrib dan Isyak di Pertonas Paya besar , Kulim.


yesssssssssssss

terasa kepuasan dihati dapat berkayuh hari ini menerjah Banjaran Titiwangsa dengan 'sengsaranya'.

Sekian

No comments:

Post a Comment