08/03/14
Hasil usaha tuan Awang melobi dalam Facebook, ramai yang hadir berkayuh hari ini (dianggarkan lebih kurang 30 pengayuh datang).
Kebetulan................

Hari ini ialah hari ulangtahun kelahiran ana

Hari ini juga adalah hari yang mendukacitakan kerana kehilangan MH370.
Berita kehilangan kapalterbang ini hanya diumumkan media sehari selepas kayuhan ini. Tetapi daripada ketua Marshall kayuhan ini Tuan Awang, beliau telah dapat berita ini pada hari ini melalui internet dan memaklumkan kepada pengayuh pengayuh disini dan kami disini antara perasaan bercampur baur antara realiti atau sebaliknya.
8.00am biasanya inilah keadaan sebelum kayuhan - Kawasan perkelahan Ulu Paip , Karangan , Kulim.
Doa tidak dilepaskan
kawasan target kayuhan
mula berkayuh
Kebetulan terpecah 2 kumpulan kayuhan. Kumpulan pertama setelah sampai disini berhenti rehat sambil menunggu kumpulan kedua. Ana dikumpulan kedua.
Checkpoint disini ialah kawasan yang melegakan kerana kesengsaraan kayuhan mendaki tamat disini. Jelas terpancar kegembiraan apabila bergambar dengan aksi bebas
menuruni bukit ini, 2 sahabat 'dicakar' juntaian duri yang berada ditengah tengah laluan kayuhan didalam hutan, mengakibatkan 2 sahabat cedera
tapi syukur kerana kecederaan yang minima dan boleh sambung kayuhan
dan akhirnya..............selesai menuruni bukit, yang tinggal kira2 5km untuk sampai ke Ulu Paip

yang hebatnya, semua bertambah nasi bila makan disini sebelum pulang kerumah masing masing

balik rumah.....inilah yang terjadi......ha..ha..
Salam abang ...boleh join ka?...kalau ada apa2 kayuhan call ..call saya sama ... watsap saya .....zaki .. 0194001005
ReplyDelete