Friday 11 July 2014

L174 Indahnya Langkap, VCT dan nukilan hakikat serta harapan

25/05/14

Bermadah org lama lah pulak ha..ha...hadoi

Boleh kah ada sepasukan kayuhan sebegini....Veteran Cycling Team - VCT. Untuk sementara pagi ini menjadi kenyataan bila ana, Hj Damanhuri, Aru, Hj Farouk dan Tuan Hassim bertemu berkayuh bersama. Best bila begini, berkongsi satu hati dan jiwa.

Mungkin boleh ana nukilkan fikir ana saat ini?

Indah alam ini pada sementara sahaja. Utk nikmat sekelumit rasa. Namun izinkan Ya Allah...

Kami, segolongan insan2ni yang menggapai dan menjengah usia kala senja, yg menghidupkan riadah,yg tidak pasti samaada ia menjana unsur2 yg menyihatkan untuk rohani dan jasmani, yg sanggup mengorbankan segalanya demi kesihatan, dengan cara pilihan sebegini. kerana itu keputusan mu. Kami hanya ...berusaha.

Namun takdir Tuhan, disebalik usaha itu, Tuhan yg maha kaya, boleh berbuat apa sahaja yg dimahukan.... walau sesihat manapun, seteguh dan sekuat mana pun, setua atau semuda manapun, bila mana malaikat yg membongkar mencari rezeki yg telah tiada lagi utk insani ini , bila mana sudah tersurat ajal mautnya, segala dan segenap usaha seperti ini akan tinggal menjadi kenangan yg bakal dilupakan. 

Hanya kami memohon sedikit rahmat mu, jika diizinkan, memberi peluang perolehi kesihatan yang lebih baik,semata mata untuk digunakan bagi beramal, sebagai bekalan menghadapmu diakhirat nanti.pada persoalan sebagai hamba yg diredhoi atau hamba yg dibenci.

-Iltizam Hidayat-


harap2 rumpunan ini bukan Keladi tua yg sangat miang dan gatal tu ha ha.... mahukan yg elok2 sahaja dihujung hayat ini...Amin. Ana tujukan utk ana, bukan sahabat2 ana disini. Sahabat2 ana disini semua baik baik belaka.





Kayuhan bermula disini, Kg Pondok Labu. Gambar2 diatas adalah intro, diambil semasa dipuncak.

Status - veteran senior & junior

tunggulah.....sahabat yg dibelakang ada lagi, sebelum kayuh ke puncak



10 minit sahaja berkayuh ke puncak....dekat saja bro

pusing2 dan singgah sini sebelum turun


waktu berpisah terjumpa sahabat group lain. Jumpa lagi.......Assalamualaikum.

Sekian

No comments:

Post a Comment