Thursday, 7 March 2013

Latihan (100) Kayuh HBD Nasi Kandar Ahmad

8/3/13

Jarang jarang sangat dapat berkayuh pada hari Jumaat. Hari Jumaat memang ada kayuhan yang biasanya di atur oleh Happy Ride @ Kulim. Di kesempatan ini ana mengikut lebih kurang 25 pengayuh sekitar Kulim dengan misi kayuh dan makan. Kebetulan pula hari ini adalah hari lahir ana.

Jarak = 40km

Seawal 7.30 pagi dah berkumpul di Pejabat Pos Kulim

mula kayuh

test power di awal kayuhan

melepasi Masjid Kulim



seperti biasa kayuhan ini di ketuai oleh Saudara Sabarudin, berbaju Ungu









tiba di tempat di tuju, tapi sayang nasi Kandar Simpang 4 tutup la pulak, perbincangan memutuskan bersarapan di Nasi Kandar Ahmad yang lokasinya berhadapaan kawasan ini sahaja.

Laluan pulang ialah melalui kampung Kuala Tasek sehinggalah ke Kampung Bukit Teh di Machang Bubuk. Memang memenatkan apabila kayuhan ini ialah sebaik sahaja kekenyangan kerana perut penuh di isi. Oleh itu untuk diwaktu lain, jangan makan dengan kenyang dan terus mengayuh basikal. 

Banyak lagi gambar , termasuk gambar di Restoran Nasi Kandar Ahmad yang rosak gara gara kamera yang semakin mula rosak. 

Esok , kayuhan trek Kulim Jambori di Ulu Paip.

Sekian 

Tuesday, 5 March 2013

Latihan (99) Kayuh Malam Sempoi

5/3/13

Setelah selalu hujan malam, Alhamdulillah malam ini tidak. Kalau malam minggu lepas kayuhan sedozen, malam ini lebih seorang drp sedozen. 

Terima kasih kepada 2 orang marshall terbail Moadz dan Wangde yang banyak menjayakan kayuhan ini.

Laluan = Kulim High Tech 


gambar ehsan drp Moadz

Sekian

Sunday, 3 March 2013

Latihan (98) Test track Jambori Padang Serai

3/3/13



Pada tarikh yang cantik ini terlaksana satu latihan kayuhan terbaik bagi ana. Ini kerana laluannya yang mencabar. Hari ini ana memang basah bermandikan peluh. Syukur kerana Allah swt masih memberi kenikmatan.

Seawal 7am ana sudah berada di hadapan petronas Kulim Square menanti sahabat

 bila sampai, tunggu sahabat sahabat lain datang pula

 bersama orang kuat Serai Emas Cycling Club yang bakal mengendalikan jambori Pdg Serai

berborak sebelum kayuh

anggaran 30 - 40 pengayuh daripada Padang Serai, Kulim , Sungai Petani, Parit Buntar, Tikam Batu

 bersedia untuk taklimat dan bacaan doa

apa lagi ...kayuhhhhh











batu lada, hampir semua tak berani mengayuh turun ikut jalan ini



 Che Su pecah rekod....kedua dua tayar pancat

terhenti bila sampai di sini ...redup dibawah pohonan ....saujana mata memandang

makan time

Thank You
Bye ye
Wasalam


Sekian

Friday, 1 March 2013

Fun Ride (20) Kayuhan Amal Surau Tajul Ulum Tm Sri Mahkota Kulim

2/3/13

Hasrat murni jawatankuasa Surau ini mesti di sokong. Lebih lebih lagi ianya untuk kebajikan surau.

Jawatan kuasa kayuhan ini boleh menarik nafas lega apabila kayuhan ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya tanpa ada apa apa insiden yang tidak di ingini. Syukur kehadrai Ilahi kerana limpah rahmat nya ke atas program ini. Respon daripada pengayuh amat lah baik.

Dimana mana program kayuhan Fun Ride, jarang sangat ianya hanya di buka untuk MTB. Selalunya di buka untuk semua kategori basikal supaya ramai penyertaan.

Oleh itu langkah berani Jawatan kuasa surau sangat sangat di hormati kerana hasilnya berjaya mengumpulkan lebih 200 pengayuh. Kerjasama antara mashall yang terlibat amat baik. Jumlah marshall yang ramai berjaya melancarkan kayuhan. Dengan cuma seorang rider yang 'crem' dan yang lain nya berjaya sampai dengan selamat.

Memang program ini antara program kayuhan amal terbaik. Tahniah semua.

Route = Taman Sri Mahkota - JPJ Kulim - Shell Kelang Lama - Simpang Tiga Keladi - Kota Kenari - Kg Padang Tembak - Off road kelapa sawit - Estate PKNK - Taman Sri Mahkota

Jarak = 30km ++

















Sekian

Latihan (97) kayuh malam 1 dozen (tiada gambar)

27/2/13

Setelah agak lama tiada kayuhan malam disebabkan asyik hujan makan malam ini terlaksana satu kayuhan seramai 12 orang pengayuh. Malam ini bawa seorang rider handal yang baru join Happy Ride @ Kulim ia itu Saudara Man. Bertemu beliau semasa beliau mengayuh malam berhampiran traific light Supermarket Minat Kulim, lalu ana menyapa beliau. Malam ini adalah kayuhan pertama beliau bersama HRK.

Laluan = Restoran MNR - Tm Selasih - Bukit Lengkok - Penanti - Jln Permatang Pauh - Perda - Bukit Mertajam - Cherok Tok Kun - Machang Bubuk - Kulim

Jarak = 47km

Sekian