Thursday 7 March 2013

Latihan (100) Kayuh HBD Nasi Kandar Ahmad

8/3/13

Jarang jarang sangat dapat berkayuh pada hari Jumaat. Hari Jumaat memang ada kayuhan yang biasanya di atur oleh Happy Ride @ Kulim. Di kesempatan ini ana mengikut lebih kurang 25 pengayuh sekitar Kulim dengan misi kayuh dan makan. Kebetulan pula hari ini adalah hari lahir ana.

Jarak = 40km

Seawal 7.30 pagi dah berkumpul di Pejabat Pos Kulim

mula kayuh

test power di awal kayuhan

melepasi Masjid Kulim



seperti biasa kayuhan ini di ketuai oleh Saudara Sabarudin, berbaju Ungu









tiba di tempat di tuju, tapi sayang nasi Kandar Simpang 4 tutup la pulak, perbincangan memutuskan bersarapan di Nasi Kandar Ahmad yang lokasinya berhadapaan kawasan ini sahaja.

Laluan pulang ialah melalui kampung Kuala Tasek sehinggalah ke Kampung Bukit Teh di Machang Bubuk. Memang memenatkan apabila kayuhan ini ialah sebaik sahaja kekenyangan kerana perut penuh di isi. Oleh itu untuk diwaktu lain, jangan makan dengan kenyang dan terus mengayuh basikal. 

Banyak lagi gambar , termasuk gambar di Restoran Nasi Kandar Ahmad yang rosak gara gara kamera yang semakin mula rosak. 

Esok , kayuhan trek Kulim Jambori di Ulu Paip.

Sekian 

No comments:

Post a Comment