Saturday, 2 November 2013

Jambori (16) Karnival MTB Jamboree Kulim 2013 & Anuar Manan

02/11/13









































Jarak = 34km (bacaan di meter tapi kurang pasti) 80% offroad

Sebahagian gambar ehsan Wangde, Ana Fahana, Hana Asmar, Talip Rahman dan Rizal Ejan

Sebelum flagoff boleh santai sambil bergambar. Kelebihan datang awal.

Cuba cari dimana pelumba basikal negara Anuar Manan?

Anuar Manan mana ada di barisan depan flagoff ni. Yang ada ialah nakcubamtb, analah tu , iaitu pelumba negara opsss...pelumba negara orang lama baru nak cuba MTB










Anuar Manan muncul masa mana? Masa pemenang tempat pertama tibalah

ana, terkial kial tibalah, itupun medal daripada orang pertama yang hulurkan kepada ana ana terlepas medal tu, ana ambil daripada orang yang hulurkan di belakang sekali

kelihatan dua spesis berbeza, pelumba basikal negara dengan orang lama baru nak cuba MTB





suka dapat bertemu adik adik pengayuh pengayuh yang bertenaga seperti ini


pengayuh dan peminat basikal Kulim, kawan kawan semua tu, cuba cari Anuar Manan, disini dia ada.




Cabutan bertuah, ana tak bertuah...its okay....kalau ada sumur diladang.....

Setiap kayuhan lebih lebih lagi Jambori, pasti meninggalkan seribu kenangan.


Sekian


Friday, 1 November 2013

Latihan (140) Mount Kiara

27/10/13

Jarak = 29km (90%offroad)

Sebaik selesai Fun Ride Thompson Trail Cameron Highland, ana terus ke ibu negara untuk kayuhan seterusnya seperti yang dirancangkan......Mount Kiara.

Diketuai oleh Shumi, (http://da2ndbesthinginlife.blogspot.com/) peserta Langkawi International MTB 2012, yang amat ambil berat rakan rakan kumpulan kayuhan ini, lebih lebih lagi diri ana 'orang lama' ini. Memang enjoy berkayuh dengan beliau walaupun beliau sememangnya orang muda yang cukup bertenaga tetapi amat bertimbang rasa.

Awal pagi mulakan kayuhan ...............

Kapten dan marshall terbaik..........Shumi



mencari bekalan tenaga sebelum berkayuh


Tapak permulaan.........Taman Lembah Kiara, Taman Tun Dr Ismail


Laluan kayuhan 










Turun kebawah di kawasan perkampungan, selesai bab kayuhan pertama

Sweeper yang senantiasa menemani ana yang tak larat...En Sopian

menjengah ke jalan raya ana rasa merdeka dan puas yang teramat sangat kerana berjaya melepasi onak dan ranjau didalam hutan berbukit yang menyiksakan, tetapi enjoy walaupun dalam keadaan yang terlalu letih.


Ah..lega rasanya bila dapat lepak minum minum kat sini dan selepas ini bolehlah balik semula ke homestay



rupanya tidak balik ke homestay sebaliknya tadi merupakan separuhmasa pertama...aduhai. Mula menjengah semula ke trek Kiara yang ' lazat ' itu...he..he....

Disini baru selesai 1/8 kayuhan pendakian (separuhmasa ke2).....kata Tuan Kapten Shumi. Ada 7 laluan mendaki lagi. Masya Allah Masya Allah. Disini  ana dah mula pancet(keletihan).

Kuatkan semangat , kumpulkan kekuatan untuk memasuki lagi lorong danau hutan Kiara seperti ini. Semuanya laluan mendaki


kepenatan usah ditanya lagi,.....nasib baik boleh tolak,...sedikit kelegaan

En Sopian kekejangan, kredit untuk Ali yang terlalu kuat membantu en Sopian.....Ana tabet la sama tuan Ali.

tak boleh tahan.....lega boleh rilek sekejap seperti ini

mendaki lagi la  bro......mau pengsan pun ada

Akhirnya sampai jua 8/8, semasa ini ana memang dah betul betul kehabisan tenaga. Syukur bila diberitahu laluan seterusnya ialah menuruni bukit. Alhamdulillah, leganya rasa. 


Downhill!!!!.................layannnn

Sampai semula di Taman Tun Dr Ismail apa yang dicari tak payah diberitahu...dah boleh agak........



time paling enjoy bila dapat santai sebegini
hujan turun, 'lokoeh' la jawapnya

mandi manda, rehat dan tidur 1 jam di homestay dah memadai sebelum bersedia untuk pulang ke Kedah. Sememangnya kenangan di Kiara pasti tidak dilupakan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua sahabat sahabat............ Sopian, Oii, Kent, Ali, Din dan lain lain serta pasti tak dilupakan Kapten....Shumi yang banyak dan tidak jemu jemu memberi semangat kepada ana. Jazakumullahkhair.



Sekian