Tuesday, 14 January 2014

Latihan (149) Trek cap ayam laluan baharu


11/01/14



18 sahabat sahabat pengayuh MTB terlibat pada kayuhan kali ini. Trek yang terletak bersebelahan Taman Kenari Kulim kali ini ditambah jaraknya menjadi lebih kurang 30km offroad, menjadikan kayuhan ini sangat menarik. Antara laluan yang bagi ana manarik ialah laluan sepanjang lerengan bukit anggaran jarak 5km ditepi jalan raya Sg Ular. Bila kayuh disini , boleh meninjau kereta lalu lalang antara bandar Kulim dan Pekan  Serdang dari tepian bukit. Memang best disini, pandai Paklong & the gangs mencari.

Laluan offroad kali ini ditemani cuaca yang amat baik sehinggakan matahari tidak menampakan diri walaupun masa menjengah tengahari. Lebih lebih lagi ditengah tengah laluan offroad yang dingin dibawah pepohonan, memang tak dapat diukirkan dan dirungkaikan oleh kata kata.

Jarak = 32km (bermula daripada rumah), 20% onroad 80% offroad

Sebahagian gambar ehsan Najib

kayuhan kali ini disertai oleh jaguh veteran ......Yusri, menjadikan ana lebih bersemangat

dimulai dengan laluan teknikal yang banyak rintangan, akar akar pohonan getah


dibawah kiri ialah laluan jalanraya Kulim Serdang seperti yang diceritakan diatas.

Jaguh kita ..Yusri menjadi sweeper handalan pada kayuhan ini


R&R

R&R






menjengah sekejap dijalanraya Kulim Serdang dan masuk semula offroad 100 meter dihadapan




cukup nyaman dan dingin disini 

hentian perpisahan, Sdr Yusri & the gangs akan berpecah melalui laluan berpagar itu untuk menuju semula ke pekan Junjong untuk pulang



disini ialah homestay PKNK kata paklong


checkpoint terakhir, sementara pengayuh remaja menukar tayar kerana pancat



kumpul semula setelah selesai downhill yg akhir


biasa lah, acara selepas kayuhan, terbaiklah laksa dan cendol Paklong Din


marvelous.....kuahnya ikan sardin, nanti boleh datang lagi


blurrrrrruuuuuuppppp Alhamdulillah

Sekian

Wednesday, 8 January 2014

Latihan (148) Penang Island Endurance On & Offroad

5/1/14

Jarak 80km (30% offroad 70% onroad)

Anggaran 70 pengayuh daripada gabungan berbagai kelab kayuhan yang menaiki feri jam 7am hari ini. Cuma bila sampai disebelah pulau, masing masing bawa diri. Kumpulan diketuai PakLong Din dianggarkan seramai 40 orang. Bila mula kayuhan disebelah pulau, berpecah lagi kepada dua kumpulan kerana majoriti pengayuh MTB akan memasuki offroad dan sebahagian kecil mengayuh onroad.



                                AYUH KITA MULAKAN.........




Terminal feri Sultan Abdul Halim

Di atas feri , mana boleh jika tak diisi dengan  acara bergambar

jumpa sebahagian sahabat yang menunggu disebelah pulau, check point ialah di sini, Shell berhampiran jetty.

kumpulan yang akan memasuki offroad, kumpulan onroad entah kemana tak tahu, mungkin dibelakang



buang tabeat...kayuh basikal ke Lapangan Terbang, asalkan enjoy






kesian Syahir yang mengalami masaalah RD, nasib baik Sdr Shumi boleh jadi Mc Gyver



settle....kayuh lagi ke Genting

rupa mukabumi Genting, mendaki....layan........

Gertak Sanggul..laluan untuk offroad...masih asli kat sini , tapi.......ada bau yg tak menyenangkan...faham2 sajalah......

Regroup

wow.....dah atas bukit, nampak laut ......saujana mata memandang


bergambar mesti sempat punya



tadi turun daripada basikal atas selonggok baja, tak pasti baja apa, itu yg ana tertinjau tinjau roda basikal


 melepasi Titi Kerawang sambil menunggu sahabat sahabat dibelakang

geng Specialised...Lan dan Ali

Regroup dengan kumpulan yang awal, kumpulan Wangde yang menunggu di empangan

Jam 2 petang , berhenti menunggu sahabat lain di Padang Kota Baharu untuk bersama sama menaiki feri




macam macam gelagat sahabat sahabat


bye bye.......


Sekian