11/01/14
18 sahabat sahabat pengayuh MTB terlibat pada kayuhan kali ini. Trek yang terletak bersebelahan Taman Kenari Kulim kali ini ditambah jaraknya menjadi lebih kurang 30km offroad, menjadikan kayuhan ini sangat menarik. Antara laluan yang bagi ana manarik ialah laluan sepanjang lerengan bukit anggaran jarak 5km ditepi jalan raya Sg Ular. Bila kayuh disini , boleh meninjau kereta lalu lalang antara bandar Kulim dan Pekan Serdang dari tepian bukit. Memang best disini, pandai Paklong & the gangs mencari.
Laluan offroad kali ini ditemani cuaca yang amat baik sehinggakan matahari tidak menampakan diri walaupun masa menjengah tengahari. Lebih lebih lagi ditengah tengah laluan offroad yang dingin dibawah pepohonan, memang tak dapat diukirkan dan dirungkaikan oleh kata kata.
Jarak = 32km (bermula daripada rumah), 20% onroad 80% offroad
kayuhan kali ini disertai oleh jaguh veteran ......Yusri, menjadikan ana lebih bersemangat
dimulai dengan laluan teknikal yang banyak rintangan, akar akar pohonan getah
dibawah kiri ialah laluan jalanraya Kulim Serdang seperti yang diceritakan diatas.
Jaguh kita ..Yusri menjadi sweeper handalan pada kayuhan ini
R&R
R&R
menjengah sekejap dijalanraya Kulim Serdang dan masuk semula offroad 100 meter dihadapan
cukup nyaman dan dingin disini
hentian perpisahan, Sdr Yusri & the gangs akan berpecah melalui laluan berpagar itu untuk menuju semula ke pekan Junjong untuk pulang
disini ialah homestay PKNK kata paklong
checkpoint terakhir, sementara pengayuh remaja menukar tayar kerana pancat
kumpul semula setelah selesai downhill yg akhir
biasa lah, acara selepas kayuhan, terbaiklah laksa dan cendol Paklong Din

marvelous.....kuahnya ikan sardin, nanti boleh datang lagi

blurrrrrruuuuuuppppp Alhamdulillah
Sekian
No comments:
Post a Comment