Wednesday, 21 May 2014

L170 Kayuhan jejak semula 'geng jahat the lagend' ke Bukit 3M dan Bukit Botak via Kg Sera


20/04/14

Lokasi - Kampung Sera Jln Sungai Ular , Kulim, Kedah

Video - lihat di akhir.

Bismillah......

Amboi , ana nak mai sangat, nah ambik sebijik, padam muka aku, kaw kaw meleleh, tolak gerek dah tentu. Sedap dan lazat tak terkata, tak tau macam mana nak hurai. Nak tau lain kali jom ikut.
Walaupun memang tak sampai pun 20km offroad tetapi tak mau kata apa kecuali - 'pada aeh'.

Maha suci Allah yang mengurniakan cuaca teramat baik, dingin dan damai serta serba sedikit kekuatan mengayuh dikala usia menjamah separuh abad ini.

Untuk makluman, kayuhan onroad tak akan merasa nikmat dingin semulajadi dan seindah ini.



Doa oleh Al Fadhil Ustaz Nasir

Jommmmmmmmm




Aduhai...berdondang sayanglah 
Lokasi - Bukit 3M

Shahrul yang ceria dan bertenaga kerana di sini tiada yang lepas mengayuh kerana curam

Percubaan Ustaz Nasir yang hampir berjaya


Perbezaan ketara 'Sikuat dengan Sitakkuat'

biasalah , kayuh berhenti, bergambar


wow wow wow

berbaloi

berehat sebelum kekemuncak Bukit Botak

 tolak pun jadilah, jangan memaksa. Sahabat lain pakat kayuh belaka 


 bersenang senang setelah bersusah payah


 on the way turun singgah dipondok senget ini


untuk menonton di You Tube sila ke link dibawah, hasil nukilan Wangde, anda memang rajin dan terbaik


Sekian 

Jazakallah Khair

Wednesday, 14 May 2014

FR30 Kayuhan Mesra Belia Jawi Seberang Perai Selatan

19/04/14

Highlight -Kayuhan dan pertunjukan ular.


hiasan

Kayuhan ini berjarak 30km sahaja. Semua onroad. Kata seorang sahabat ana, puas kah kayuh hari ini, rasa macam tak pun.

Laluan semuanya di daerah Seberang Perai Selatan. Jawi - Sungai Buaya - Nibng Tebal - Jawi. Yang bukan belia seperti ana pun ada yang hadir. Jadi tak kisah lah. Bukan apa , niat nak tumpang semangat beliawan saja...untuk kesihatan.

Yang paling menarik , selepas kayhan ada pertunjukan ular. Ana mesti tengok, kerana hendak melawan perasaan takut dan geli. Ana pernah terlalu fobia sebelum ini kerana ular pernah jatuh atas kaki ana ketika sedang sedap relek berbaring. Oleh itu tiada jalan pintas, ana kena melawan perasaan takut itu. Akhirnya ana sempat memegang dan melilitkan ular sawa jinak ke leher dan usap2. Rasa mau pengsan pun ada.

Pemain pemain ular ini memang hebat. Bersahaja membiarkan ular mematuk lengan antara siku ke ketiak, mematuk dikawasan lengan yang paling lembut. Tapi ular senduk dan King Cobra  depa sorry la, tak berani, kena kalu...selamattt. Ular itu siap semburkan bisa pulak. Sebelum bisa disembur, depa siap bercium dengan ular ular. Ana yang menengok ini cukup cemas. Nasib baik tak jadi apa apa. Alhamdulillah, semua selamat.

Moral - tiada ilmu , jangan sentuh atau bermain ular.

Maaf , cerita ular menenggelamkan cerita kayuhan.








hanya niat melawan perasaan takut dan geli

Sekian




Tuesday, 6 May 2014

L169 Bukit Beruang lagi HRK + Jengking Cycling Club PGA Kulim

06/04/14

Gabungan HRK dengan JCC PGA Kulim...tanpa mengenal perbezaan. Silaturahim dan riadah yang menjadi agenda utama


HRK bertemu dan berkumpul dalam perjalanan menuju ke Kem PGA jalan Junjong, Kulim

tiba din PGA dan bergambar dengan pengayuh PGA



menuju pekan Junjung


cari bekalan sebelum memasuki offroad

menunggu sahabat sahabat beli keperluan

hah...mai pun Khir dengan bekalannya, lets go everybody. Khir ini kalau ada bersama, memang meriah kayuhan.

laluan untuk difikir2kan dan bersedekah Qulhu untuk ahli kubur




kayuh Awang kayuh,
tak suruh kayuhpun beliau memang antara pengayuh yang kuat dan bertenaga





sebelum memasuki laluan single track




laluan trek ayam hutan



checkpoint terakhir sebelum tamat kayuhan

penamat - sampai di gerai Pak Long Din, jgn tunggu lama lama, jom makan

Sekian

Monday, 5 May 2014

L168 Bukit Beruang Junjong

30/03/14

Hari ini baru berkesempatan berkayuh disini untuk pertama kalinya bersama Happy Ride Kulim yang diketuai Paklong Din. Sebelum ini hanya mendengar kehebatannya.

Banyak gambar gambar ehsan Paklong Din

bergambar semasa menghampiri 2/3 puncak bukit beruang


sempadan bukit beruang dengan trek cap ayam/ayam hutan. Basikal Man ada sedikit masalah.





Dari puncak Bukit Beruang menuruni bukit yang panjang di trek cap ayam memberi kepuasan tak terhingga lazatnya sehingga lah berhenti disini untuk bergambar dan meneruskan perjalanan pulang.

Alhamdulillah, Sekian

Sunday, 4 May 2014

FR29 Kayuh Nasi Kawah 02 KBPS

29/03/14


gambar hiasan

Disebelah utara semenanjung, kenduri kendara terutama kenduri perkahwinan yang diadakan, nasi kawah pasti menjadi kemestian.

Initiatif Kelab Basikal Padang Serai menggabungkan kayuhan basikal dengan jamuan ala ala kenduri memang idea yang sangat baik. Terutama ana lah peminatnya. Buat apa disembunyikan. Oleh itu kehadiran bagi ana adalah kemestian. Sambil beriadah, berjumpa sahabat sahabat dan serba sikit beramal. Mudah mudahan diterima. Amin.



Antara laluan kayuhan yang bakal ditempuh



sahabat2 sekayuhan dipermulaan kayuhan

mashall

berhenti di checkpoint





Terbaiklah daripada sahabat sahabat Kelab basikal Padang Serai. Terima kasih daun keladi.

Sekian