Wednesday 14 May 2014

FR30 Kayuhan Mesra Belia Jawi Seberang Perai Selatan

19/04/14

Highlight -Kayuhan dan pertunjukan ular.


hiasan

Kayuhan ini berjarak 30km sahaja. Semua onroad. Kata seorang sahabat ana, puas kah kayuh hari ini, rasa macam tak pun.

Laluan semuanya di daerah Seberang Perai Selatan. Jawi - Sungai Buaya - Nibng Tebal - Jawi. Yang bukan belia seperti ana pun ada yang hadir. Jadi tak kisah lah. Bukan apa , niat nak tumpang semangat beliawan saja...untuk kesihatan.

Yang paling menarik , selepas kayhan ada pertunjukan ular. Ana mesti tengok, kerana hendak melawan perasaan takut dan geli. Ana pernah terlalu fobia sebelum ini kerana ular pernah jatuh atas kaki ana ketika sedang sedap relek berbaring. Oleh itu tiada jalan pintas, ana kena melawan perasaan takut itu. Akhirnya ana sempat memegang dan melilitkan ular sawa jinak ke leher dan usap2. Rasa mau pengsan pun ada.

Pemain pemain ular ini memang hebat. Bersahaja membiarkan ular mematuk lengan antara siku ke ketiak, mematuk dikawasan lengan yang paling lembut. Tapi ular senduk dan King Cobra  depa sorry la, tak berani, kena kalu...selamattt. Ular itu siap semburkan bisa pulak. Sebelum bisa disembur, depa siap bercium dengan ular ular. Ana yang menengok ini cukup cemas. Nasib baik tak jadi apa apa. Alhamdulillah, semua selamat.

Moral - tiada ilmu , jangan sentuh atau bermain ular.

Maaf , cerita ular menenggelamkan cerita kayuhan.








hanya niat melawan perasaan takut dan geli

Sekian




No comments:

Post a Comment