Sunday, 13 July 2014

J23 Mini Jamboree Hulu Selangor

01/06/2014








Setiap jamboree pasti mencetuskan kenangan yang berbeza. Tak terkecuali disini. Kenangan dimana laluan nya pendek tetapi mencabar. Lebih lebih lagi berkayuh di hutan hujan khatulistiwa disini - daerah hulu selangor Kalumpang.

Ambil kesempatan untuk pulang ke kampung isteri di Slim River. Dari sini awal pagi ke Kalumpang ketapak Jemboree bersebelahah Masjid Kalumpang. Jambori kali ini berkayuh bersama saudara Nasir bersama keluarganya yang bermalam di resort.


    Ini dia bersama saudara Nasir, pengayuh handalan daripada Lunas, Kulim Kedah

   Lokasi perhentian dan solat subuh,Masjid Kalumpang. Tapak jembori terletak bersebelahan masjid ini.

boleh nampak kubah masjid



Taklimat daripada boss kawalan trafik hari ini

video kayuhan nya







 sebahagian gambar gambar track kayuhan, ehsan Arbalac Lai





buah tangan untuk dibawa pulang, spray rantai ana punya, topi - Nasir yang dapat





dapat tempat ke 149 daripada semua peserta yang dianggarkan 800 orang. Veteran , no 31.


Sekian

Friday, 11 July 2014

L175&L176 Dua kali Bukit Botak

24/05/14

Hari ini join rider rider junior yang kuat2 belaka. Ana seperti biasa...dibelakanglah. Tumpang kekuatan semangat pun jadilah, untuk menjana peluh supaya keluar. Dalam seminggu dua hari sahaja dapat berkayuh, so dengan sesiapa sahaja ana join dan hormat semua rider.

Rider muda belia .... berjaya

ana di bawah pun berjaya jugak....berjaya keluarkan peluh..jadilah

perbezaan yang ketara


duri pelepah sawit...menyebabkan pancat...so apalagi, tolong menolonglah

best lahh



laluan baharu

sebelum tamat redah anak sungai

Sekian

15/06/14 datang lagi kesini.........

Mengayuh bergantung kepada jiwa. Jika dia pecinta alam semula jadi, pilihlah Mtb, jika pecinta roadbike, onroad lah jwpnya. Ada pencinta kedua2nya. 

Bagi jiwa ana dua dua ok, tapi MTB sikit lebih. Inipun setakat waktu sekarang lah, waktu kehadapan ...walahuaqlam. 

Sekadar Allah beri secebis kekuatan , terima seadanya. Esok lusa jika dah tak boleh berkayuh.....pun Alhamdulillah














hijau hijau hijau...love it so much


Sekian


L174 Indahnya Langkap, VCT dan nukilan hakikat serta harapan

25/05/14

Bermadah org lama lah pulak ha..ha...hadoi

Boleh kah ada sepasukan kayuhan sebegini....Veteran Cycling Team - VCT. Untuk sementara pagi ini menjadi kenyataan bila ana, Hj Damanhuri, Aru, Hj Farouk dan Tuan Hassim bertemu berkayuh bersama. Best bila begini, berkongsi satu hati dan jiwa.

Mungkin boleh ana nukilkan fikir ana saat ini?

Indah alam ini pada sementara sahaja. Utk nikmat sekelumit rasa. Namun izinkan Ya Allah...

Kami, segolongan insan2ni yang menggapai dan menjengah usia kala senja, yg menghidupkan riadah,yg tidak pasti samaada ia menjana unsur2 yg menyihatkan untuk rohani dan jasmani, yg sanggup mengorbankan segalanya demi kesihatan, dengan cara pilihan sebegini. kerana itu keputusan mu. Kami hanya ...berusaha.

Namun takdir Tuhan, disebalik usaha itu, Tuhan yg maha kaya, boleh berbuat apa sahaja yg dimahukan.... walau sesihat manapun, seteguh dan sekuat mana pun, setua atau semuda manapun, bila mana malaikat yg membongkar mencari rezeki yg telah tiada lagi utk insani ini , bila mana sudah tersurat ajal mautnya, segala dan segenap usaha seperti ini akan tinggal menjadi kenangan yg bakal dilupakan. 

Hanya kami memohon sedikit rahmat mu, jika diizinkan, memberi peluang perolehi kesihatan yang lebih baik,semata mata untuk digunakan bagi beramal, sebagai bekalan menghadapmu diakhirat nanti.pada persoalan sebagai hamba yg diredhoi atau hamba yg dibenci.

-Iltizam Hidayat-


harap2 rumpunan ini bukan Keladi tua yg sangat miang dan gatal tu ha ha.... mahukan yg elok2 sahaja dihujung hayat ini...Amin. Ana tujukan utk ana, bukan sahabat2 ana disini. Sahabat2 ana disini semua baik baik belaka.





Kayuhan bermula disini, Kg Pondok Labu. Gambar2 diatas adalah intro, diambil semasa dipuncak.

Status - veteran senior & junior

tunggulah.....sahabat yg dibelakang ada lagi, sebelum kayuh ke puncak



10 minit sahaja berkayuh ke puncak....dekat saja bro

pusing2 dan singgah sini sebelum turun


waktu berpisah terjumpa sahabat group lain. Jumpa lagi.......Assalamualaikum.

Sekian