Monday, 24 December 2012

Latihan (73) Bukit Batu Kawan Exploration

23/12/12

Bersama sahabat sahabat daripada Sunday Bike Cycling Club. Sebagai mengganti rancangan awalnya iaitu pusing Penang tetapi sambutan kurang, maka terlaksanalah kayuhan ini.

Bermula pada checkpoint bertemu iaitu Stadium Batu Kawan. Menyantap sarapan roti canai berhampiran dan kayuhan bermula lebih kurang jam 8.45am.

Diketuai saudara Nasya yang power





Mula memasuki kawasan pendakian

Laluan bertar sehingga kekemuncak terhenti disini untuk 'ambil nyawa'


Kayuhan diteruskan melewati jalan bertar yg kecil

Ana pengayuh terakhir, maklumlah kurang power dan suka buang masa 'ambil gambar'

Pendakian tiba dikemuncak

Terletaknya menara telekumunikasi dipuncaknya

Kayuhan diteruskan melalui laluan offroad downhill sehingga jumpa tempat berhenti, rehat sambil meninjau ninjau kehebatan basikal


sebelah bawah bukit ini mengarah barat sudah tentu laut yg memisahkan tanah besar semenanjung dengan Pulau Pinang


Garisan panjang diatas laut dihujung sana itulah jambatan kedua Pulau Pinang yang ketika ini masih dalam pembinaan. Rasa rasanya 60% kesiapan

Sahabat yang baru dikenali saudara Azman drp Bukit Tengah

Acara downhill lagi. Sebelum acara ini, terjadi kemalangan, ana tertungging kerana downhill dalam hutan yg lembap dan licin. Mungkin sebab memakai Ray Ban sehingga tidak nampak lopak. Apabila tayar depan masuk lopak tersebut, apa lagi, tercampaklah ana drp basikal. Tidak bernasib baik kerana bahu kanan terhentak pada batu menyebabkan berlaku kecenderaan. Tapi Allah Alhamdulillah kerana tidak terlalu serius.



Alhamdulillah selamat sampai dibawah



Perjalanan kembali ke stadium Batu Kawan

Kelihatan Bukit Batu Kawan yang ditawan baru tadi



Sampai di stadium apalagi acara basuh basikal

Sekian

Saturday, 22 December 2012

Latihan (72) kayuhan offroad via Kg Pdg Tembak

22/12/12

Route = Kg Padang Tembak - 4 Bukit - Jalan Sungai Ular - Jalan ke Taman Kenari - Taman Bidara

Jarak = 23km (70% offroad 30% onroad)

Purata kayuhan 14km/j

Pengayuh seramai 17 orang. Seperti biasa kayuhan bermula di Dewan Sabha. Ana yang paling lambat sampai tapi Alhamdulillah semua sahabat menunggu Ana dengar sabar. L/k jam 8.15am kayuhan bermula.

 Laluan di Kampung Padang Tembak


 Mula memasuki kawasan offroad



 di checkpoint pertama

  Man Tomyam tengah pikiaq mana nak lempar mercun.....dah ada sahabat mula tutup telinga

POOMMMMM..... tudia asap berkepoi, sahabat kita cool sahaja

Hah amacam....power dak letupan mercun aku

 Climbing dan sampai di Checkpoint kedua...rehat sat



cuaca baik dan memang segar tapi becak sebab semalam hujan


 rehat di checkpoint ketiga (setelah semua 17 rider climbing dengan menolak basikal) sambil berborak

Lepas rehat sambung kayuhan turun bukit ke jalan Sg Ular dan pulang. Sebelum pulang breakfast kat Trafic Light Sg Ular kerana kayuhan ni singkat sahaja

Sekian.

ang

Latihan (71) Kayuh mlm Jetty Batu Kawan

Route = Kulim - Keladi - Sg Lembu - Machang Bubuk - Alma - Simpang Empat -Stadium Batu Kawan - Jetty Batu Kawan - Simpang Empat - Tasek Mutiara - Machang Bubuk - Kulim

Jarak = 65km

Ramai yang mengayuh kayuhan malam ini, anggaran 34 - 36 orang dari group Happy Ride Kulim termasuk 2 pasang suami isteri dan

seorang rider cilik anak Ustaz Joehary(sebelah kiri ana). 
Sejuk tak terkiralah tapi boleh tahan sebab pakai sarong lengan dan badan panas berpeluh. 


Seorang sahabat tayarnya pancet, semua rider menunggu beliau dan ada yang membantu

Sampai di Jetti Batu Kawan, sudah pasti acara bergambar.
Tidak bernasib baik untuk menjamu selera di Restoran Jetty Koperasi Masjid sebab sampai ke jetty dah lepas jam 12pm. 

bersama dua orang Al Ustaz...Joehary dan Abi Tuah (nama fb) 



Posing bergambar kira kira 1/2 jam dengan berlatar belakangkan laut dan kelipan cahaya Georgetown serta jambatan kedua Batu Kawan ke Batu Maung yang 80% siap tapi belum dibuka.



Perjalanan balik singgah di simpang empat makan char koew tiow. L/kurang jam 2am baru sampai rumah. Alhamdulillah selamat.

Sekian