Monday 24 December 2012

Latihan (73) Bukit Batu Kawan Exploration

23/12/12

Bersama sahabat sahabat daripada Sunday Bike Cycling Club. Sebagai mengganti rancangan awalnya iaitu pusing Penang tetapi sambutan kurang, maka terlaksanalah kayuhan ini.

Bermula pada checkpoint bertemu iaitu Stadium Batu Kawan. Menyantap sarapan roti canai berhampiran dan kayuhan bermula lebih kurang jam 8.45am.

Diketuai saudara Nasya yang power





Mula memasuki kawasan pendakian

Laluan bertar sehingga kekemuncak terhenti disini untuk 'ambil nyawa'


Kayuhan diteruskan melewati jalan bertar yg kecil

Ana pengayuh terakhir, maklumlah kurang power dan suka buang masa 'ambil gambar'

Pendakian tiba dikemuncak

Terletaknya menara telekumunikasi dipuncaknya

Kayuhan diteruskan melalui laluan offroad downhill sehingga jumpa tempat berhenti, rehat sambil meninjau ninjau kehebatan basikal


sebelah bawah bukit ini mengarah barat sudah tentu laut yg memisahkan tanah besar semenanjung dengan Pulau Pinang


Garisan panjang diatas laut dihujung sana itulah jambatan kedua Pulau Pinang yang ketika ini masih dalam pembinaan. Rasa rasanya 60% kesiapan

Sahabat yang baru dikenali saudara Azman drp Bukit Tengah

Acara downhill lagi. Sebelum acara ini, terjadi kemalangan, ana tertungging kerana downhill dalam hutan yg lembap dan licin. Mungkin sebab memakai Ray Ban sehingga tidak nampak lopak. Apabila tayar depan masuk lopak tersebut, apa lagi, tercampaklah ana drp basikal. Tidak bernasib baik kerana bahu kanan terhentak pada batu menyebabkan berlaku kecenderaan. Tapi Allah Alhamdulillah kerana tidak terlalu serius.



Alhamdulillah selamat sampai dibawah



Perjalanan kembali ke stadium Batu Kawan

Kelihatan Bukit Batu Kawan yang ditawan baru tadi



Sampai di stadium apalagi acara basuh basikal

Sekian

No comments:

Post a Comment