Thursday 3 January 2013

Latihan (76) kayuhan tahun baru solo

1/1/13

Tiada sambutan tahun baru dan bukan tradisi ana. Hanya ada explore Kg Manggis cari laluan baru, rupanya tiada. Xplore ke kg Keladi keceriaan anak anak mandi sungai menyambut kayuhan solo ana. Meneruskan xplore Kg Keladi melalui laluan pintasan ke Taman Merawan diatas bukit kelapa sawit tua, ular tedung selar sepanjang 2 depa (alamak dasyat sungguh) yang ditemui dan ana terpaku melihatnya. Nasib dia tidak terkejut, jika tidak wanauzubillah ana berkemungkinan di kejarnya. Sebelum itu singgah makan capati di Baba Capati bersebelahan dewan Hj Ibrahim sambil berborak dengan Cgu Jaafar Karkoon.

Route = Tm Bidara - Mini Stadium - Kelang Lama - Kg Manggis - Kulim sq - Kg Keladi - Tm Merawan - Tm Cendana - Sek Cina - Kedai Tayar - Simpang 3 Keladi

  temui anak2 ceria ini semasa laluan di Kg Keladi

Sebenarnya sungai ini telah tercemar, ana tahu aliran air sungai ini dimana laluan air drp pekan Tm Selasih melalui hadapan Land Mark memang daripada aliran air longkang telah masuk ke sungai ini. Kelihatan sampah sarap berserakan sekitar sungai ini namun kecerian anank anak ini membuatkan mereka lupa semuanya.


 Lokasi ular tedung selar sepanjang 2 depa betul betul ditengah tengah gambar ini dibawah pohonan kelapa sawit tua yg gelap ini

 Land Mark Kulim & Tune Hotel Kulim. Aliran air longkang kawasan ini memang telah lama memasuki sungai dimana anak2 kecil yang tidak mengerti apa apa mandi manda di hilirnya.

 nun di tengah tengah tu kawasan rumah ana

Taman Merawan

Sekian

No comments:

Post a Comment