Sunday 6 January 2013

Latihan (79) Bukit Carpet bersama GCT

5/1/13

Lama tidak berkayuh bersama GCT Galaxcy Cycling Team. Akhir sekali bersama semasa kayuhan di LIMBC Langkawi bulan Oktober 12. Ajakan Cgu Din tidak dilepaskan untuk kayuhan ke Bukit Karpet (diberi nama oleh pengayuh2 terdahulu) di Sg Ara Penang. Selain ana dan cgu Din seorang lagi guru yang mengajar di Sekolah di Guar Perahu ia itu Cgu Effendi, kenalan baru ana hari ini. Sebelum ini ada mengayuh sekumpulan dengan beliau tetapi belum ada kesempatan berkenalan. Seorang lagi ialah Benyamin yang biasa sangat dengan ana.

Bertolak dengan kereta selepas subuh, melalui Bukit Lengkuk dan BKE.

Meeting point di 'bus stop' panjang Sek Men Tun Husin Onn. Disini tayar basikal pancat dan dibaiki. Tidak lama tiba Cgu Din, Cgu Effendi dan Ben maka bertolaklah menuju jambatan Pulau Pinang untuk ke Sg Ara.

Sampai saja kayuhan dimulakan, kawasan kayuhan mendaki yang aman dan sejuk. Ana suka sangat suasana ini.........


 banyak juga kawasan dusun durian, pokok durian kampung "my favourate"

 sementara tunggu 2 Cgu, berhenti sini dulu

 Chinese girl yang baju merah di atas menawarkan diri mengambil gambar ana

 Cgu Din tiba, dia sebenarnya didepan ana , tapi disebabkan dia seorang yang baik hati dan bertanggungjawap, beliau rela lambat (jadi sweper) kerana menunggu ana dan cgu Effendi yang 'slow' dan tak larat he..he.. (Cgu Effendi sebenarnya alami kecederaan lutut)

Cgu Effendi


Kayuh dan kayuh dan kayuh lebih kurang 40 minit baru berhenti 'ambil nyawa'....di sini.....
Cgu Din bukan tak larat, dia memang 'power rider', di sini dia lepak2 tunggu ana 'ambil nyawa' baru

dusun durian


 Cgu Effendi tiba, beri lah dia rehat secukupnya, maklumlah lah lututnya pernah tercedera kerana kemalangan motorsikal

 ada pemancar kat sini

lepas ni sambung kayuh.....

 akhirnya tiba dipuncak Bukit Kapet Sungai Ara Pulau Pinang yang terkenal kpd pengayuh dan pendaki

 di katakan dahulunya rumput2 disini semuanya rumput2 kapet. Tuan tanah juga dikataka amat baik hati, diletaknya kerusi kerusi utk pengunjung berehat malah dikatakan dia menjamu pengunjung pengunjung dengan minuman. Info - Cgu Din

bersantai




 Tak lama di puncak.....turun dengan berhati hati, maklumlah ana pernah jatuh semasa menuruni bukit. Kesian Cgu Din kerana setia menunggu ana menuruni bukit. TQVM Cgu.

 bukit dibelakang tu mungkin sebahagian daripada Bukit Kapet. 



sebelum balik dan bersurai.......kita makan dulu

Sekian


No comments:

Post a Comment