Wednesday 13 February 2013

Latihan (93) Kayuhan Pelangi

13/2/13

Seminggu lebih tidak berkayuh terasa sangat berat badan bertambah. Lebih lebih lagi bercuti kerana melancung ke Kelantan maka dah tentu makanan disana menjadi tarikan.

Cerita sikitlah bab melancung ke Kelantan ini. Memang sedap makanannya, maklumlah ana ni pun kaki makan. Nak di ceritakan makanan yang dimakan tu banyak lah. Daripada nasi dagang sehingga ke Tahi Itik...tudia aeh. Yang menjadi kegemaran ialah kueh akok, memang best. Banyak di makan sepanjang jalan pulang ke Kedah. Hancuss diet ana.

Dipaparkan beberapa gambar tempat penginapan pada percutian 3 hari 2 malam itu sebagai kenang2an.







_________________________________________________________________________________

Balik daripada Kelantan, inilah kayuhan pertama memecah lemak. Seawal 7.30am mula kayuhan menuju Machang Bubuk, seterusnya ke Cherok Tokkun.


Awal pagi semasa mula berkayuh, di sambut oleh pelangi.


Dari Cherok Tokkun terus mendaki bukit BM. Jarak ke sini menghampiri 15km sahaja.Walaupun solo tetapi bila sampai dan mula mendaki terjumpa beberapa sahabat yang dikenali yang sama sama berjuang di arena MTB. Penat mendaki ditahap terookk, adalah dijangka sebab meninggalkan kayuhan selama seminggu, ditokok pulak lemak lemak makanan tradisional Kelantan yang membuka selera serta tak boleh dilepaskan.

 kira kira 45 minit mengayuh, maka sampailah ke pondok pemandangan di pelantar Bukit Mertajam. Pemandangan ini ialah daripada arah nun jauh disana kawasan Kulim, Kedah.

Empangan Mengkuang, dimana sedang dilaksanakan projek pembesarannya

Disini, maaf cakap....perut meragam sesangat....nak cari toilet he..he.. Ini mesti penangan Petai jeruk yang dimakan semalam dimana ianya dibeli di Kelantan. Alamak, mana mau cari toilet, maka terpaksalah turun ke kaki bukit tanpa dapat menghabiskan kayuhan sehingga ke puncak yang tinggal kira kira 300 meter sahaja lagi dan kayuhan pun ditamatkan.

Sekian


No comments:

Post a Comment