Saturday 16 February 2013

Latihan (94) Sumpitan

16/2/2013

Route perjalanan berkereta pergi hari ini   = Kulim - Sg Kob - Mahang - Selama Perak
Route perjalanan berkereta pulang hari ini = Selama Perak - Selama Kedah - Sungai Tengas - Jln Sg Ular - Kulim

Lebih kurang jam 7.15 dah bersarapan di Karangan menuju Selama Perak. Setengah jam kemudian tiba di Balai Polis Lama Selama ditepi sungai yang masih beroperasi. Balai polis Selama yang baru sudah siap tetapi hanya dibuka utk penempatan para keluarga anggota polis sahaja.

Masuk di luar kawasan Balai Polis, belum nampak sesiapapun kelibat pengayuh Tebuan Rider kecuali  Khalib (Pengayuh basikal keliling dunia) bersama anak agaknya. Berjabat salam dan bertanya.

Tidak lama lepas itu tiba sahabat Tajul Urus, kemudian barulah yang lainnya. Yes, Im on the right time. Memasang basikal dan persiapan lainnya lalu berjumpa dan bersalaman sahabat semua.

Route kayuhan = Balai Polis Selama - Dragon Back - Kg Masjid - Ijok - Sumpitan - Hutan Kekal Bintang Hijau - Sempadan Daerah Hulu Perak - berpatah balik - Ijok - Redang Panjang - Selama Perak.

Jarak = 79km

Komen kayuhan = Teruk sampai nak tahan kenderaan yang lalu lalang mohon simpati ha..ha..
(penangan nasi dagang pantai timur)...alasan....


get ready, lepas ini baca doa dan mula kayuhan

Team Tebuan Rider diketuai Cgu Ab Hadi tapi juru tunjuk arah siapa lagi jika tidak Abdul Khalib IronMan

semua 11 pengayuh. Bersedia untuk memasuki laluan 'Dragon Back'

Puncak 'Dragon Back'. Naga tak ada tapi lembu banyak

Man dan Tuan Yuseri. Di belakang ialah anak abg Man sorang lagi.

Rupanya disini ada kawasan rekreasi yang tak pernah ana dengar......

  kena bawa keluarga ke sini Insya Allah


sebahagian laluan 'Dragon Back'. Selepas ini tiba di Kg Masjid. Selepas itu menghampiri Pekan kecil Ijok basikal sahabat pancat, peluang ambil nafas dan qado hajat, serta membeli sedikit makanan minuman di pekan Ijok.

bersedia untuk belok kekiri menandakan permulaan kayuhan paling mencabar....kayuhan mendaki yang paannnnjjjjjaaaannnngggg................


inilah dia sebahagiaan permualaannya...

memang membelah ditengah tengah belantara

bunyi jatuhan air yang amat mengasyikkan di laluan belantara membuatkan berhenti sejenak. Saat yang jarang dilepaskan bila bertemu ...air. Begitu juga bila bertemu Masjid, damai rasanya jiwa.

setelah mengharung kayuhan mendaki panjang yang amat memeritkan sehingga dalam hati mengharap simpati
pemandu kereta yang jarang jarang sangat melalui jalan ini. Membelah hening pagi yang disegari belantara masih gagal memujuk keletihan tubuh ana yang semakin longlai tak berdaya. Berkali kali otot betis menangkap potensi 'krem' tetapi masih ada serba sikit kekuatan yang dihujung tanduk turun dari basikal .... tolak lah pulak. 

Aduhai, kenapa lambat sangat sampai, kalau ada yang simpati ajak naik kereta/motorsikal ...bagi duit pun takpa ...ha..ha..

Tapi lambat laun setelah rasanya ana hampir hampir....KO....Alhamdulillah...kelihatan topi keledar basikal sahabat sahabat dari jauh, hah pasti mereka sahabat sahabat ku.....apa lagi..belagak jadi kuat lah balik, daripada tadi menolak basikal , cepat cepatlah naik dan mulakan kayuhan semula supaya sampai dalam keadaan mengayuh..he..he....rosak rosak



posing di hadapan dan belakang papan tanda...belasah ja....dah sampai sini mana boleh tak snap gambar

Selama Perak ke sini...tak jauh ...tapi.....sengasara macam nak pengsan ha..ha............

berpatah balik paling nikmat kayuhan yang tak banyak kayuh pun sebab ...down hill. Bila sampai di sini, mulalah terasa keperitan berkayuh untuk pulang ke Selama Perak lebih2 lagi dibawah terik matahari

Aiii..Khalib gelak sakan. Yang baguh ialah sahabat sahabat yang kuat mengayuh ini pasti akan menunggu kumpulan 3 orang terkebelakang, pengayuh2 yang OKU macam ana ni..TQ sahabat

 Alhamdulillah ...boleh senyum balik sbb dah sampai ke penghujung kayuhan, boleh makan pulak lagi.

Syukur padamu Ya Robbi Ya Tuhan ku yang telah menyelamatkan perjalanan kami pergi dan pulang dengan jayanya. 

Sekian

No comments:

Post a Comment