Sunday 7 April 2013

Jambori (10) Mini Jambori Adrenaline Rush

6/4/13




Agak lama tidak sertai Jambori. Jambori terakhir yang disertai ialah di Sedim. Menjengah 4 bulan baru datang satu jambori yang sesuai untuk disertai. Jambori ini adalah yang pertama ditahun 2013.

Setelah persiapan ala kadar, berjanji dengan sahabat, Man bertemu di Petronas Kulim Sq jam 5.30am. .....

(sebahagian gambar ehsan Shahrul Nizar&Kelab Basikal Kem Lap Terbang)
tak lama menunggu, lebih kurang 5.30 Man sekeluarga tiba. Dalam perjalanan, disertai kilat. Hujan mula renyai renyai menemani perjalanan. Sehingga sampai di Sungai Petani berhenti untuk bersarapan masih hujan.

punya banyak pilihan, bihun dan seri muka sahaja yang berkenan. Man belanja sarapan pagi ini. Terima kasih banyak banyak Man, semoga Allah murahkan rezeki Man Amin. Selepas sarapan, ke Masjid Bakar Arang solat subuh. Hujan mula lebat. 

tiba di tempat parking jembori. Setelah siap dan setelah Man membawa keluarganya ke tapak pameran, datang Haji & Aru. Hujan masih renyai renyai.

hujan oh hujan

goodies yang diterima

Hujan lebat......hampir semua peserta kayuhan berteduh

sambil menunggu pelepasan, ambil gambar lah dulu




masa untuk flagoff, sempat bergambar dengan Haji Damanhuri

are you ready.....


go.....

Permulaan kayuhan didalam hujan ini ialah onroad anggaran jarak 12km melalui S M Ibrahim, MAsjid Muzaffar, Penjara, S M Sains, Lagenda Height, Laguna Merbok dan masuk offroad ......


menembusi Sg Layar (onroad) dan masuk semula ke dalam kawasan Kem. Disini bermula dugaan sebenar kerana trek basikal askar ini menempuh pelbagai onak seperti denai yang kecil



meredah sungai (terpaksa menanggung basikal lebihkurang 30meter agaknya)


dan yang paling memeritkan terpaksa meredah banjir bercampur air longkang. Cuba mengelak air longkang tapi apakan daya terjatuh lah pulak...alamak, satu hari badan berbau walaupun mandi. Hujan menjadikan kayuhan kali ini begitu mencabar dengan track offroad lecek dan licin sungguh memenatkan. Terdapat 5 checkpoint yang berjaya dilepasi.

di garisan penamat


Alhamdulillah berjaya sampai kepenamat, di kalungkan pingat pulak oleh askar wanita...halamak..he..he...


basuh basikal

Paktam Rozaimi

ana sudah siap, basikal dah naik kereta

menanti pertunjukan walau dlm hujan

pertunjukan , walaupun dalam hujan yang bertambah lebat

kenang kenangan



terlalu berat, bagaimana agaknya para askar membawanya, mesti seorang yang kuat




hujan, hujan dan hujan...............

walaupun hujan, acara tetap diteruskan

benda Allah ini yang menjadi rebutan..termasuklah Ana..he..he..

wow...mamu Permatang Tok Bidan yang dapat basikal Giant tempat ke2
Tahniah Mamu


saudari daripada Ipoh akhirnya bertuah mendapat basikal ini, Giant full suspention. Senyum lebar suaminya

Dalam perjalanan balik bersihkan diri dan solat di Masjid Muzaffar Sg Petani.

Kesimpulan - Antara jembori terbaik ana sertai yang menjadi kenangan indah. 

Sekian

No comments:

Post a Comment