Sunday 7 April 2013

Latihan (108) Bukit Judi

7/4/13

Ada 3 kayuhan serentak hari ini. Pertama bersama Happy Ride Kulim menerobos offroad Bukit Judi. Kedua kayuhan onroad bersama pengayuh Kulim Sq dan kayuhan mengelilingi Pulau Pinang bersama Sunday Bike. Keputusan memilih bukit judi adalah kerana dirasakan agak ringan kerana kelmarin dibelasah teruk dalam hujan di mini Jambori Adrenaline Askar Sg Petani. Kayuhan onroad kedua2nya dirasakan agak berat lebih2 lagi pusing pulau. Manja badan lah, maklumlah dah berumur.

Seawal 7.30am pertemuan diatur di 7E trafic light Jln Sg Ular......

antara sahabat sahabat terbaik di arena kayuhan

sementara menanti seorang lagi sahabat , Ali yang tersesat

mulai memasuki offroad 

hutan kelapa sawit tua




meneruskan kayuhan dengan marshall terbaik saudara Sabri

molek sekali aliran air, ditambah suasana dingin, cukup mengasyikan. Inilah antara penyebab sayang sangat kpd kayuhan offroad.





paling mempersonakan ialah hutan getah dengan hawa dingin semula jadi disertai embun pagi cukup menjanjikan ketenangan

memang best sekali dikawasan ini, susah untuk dinukilkan dengan kata kata atau perkataan. Selepas ini kebanyakan kawasan yang dilalui adalah ladang kelapa sawit sehinggalah turun diperkampungan dan diakhiri kayuhan ini di kedai Rahmad roti canai...............

roti canai bom 2 biji dgn teh o ais, sebelum beredar pulang. Syukur kehadrat Ilahi memberi keselamatan dan kekuatan serba sedikit untuk mengayuh pada kali ini. Alhamdulillah.

Sekian

No comments:

Post a Comment