Friday 31 January 2014

L155 Kayuhan Ukhwah & Santai GP9

19/01/14

Kelab basikal GP9 dalam perancangan mengadakan Jembori tahun ini. Oleh itu kayuhan ini mungkin sebagai pengenalan dan latihan praktikal bagi mereka.

Kayuhan ini dah mirip seperti mini Jambori. Sekalung tahniah kepada sahabat sahabat di GP9 kerana kayuhan ini berjalan lancar dan baik sekali. Cuma satu dua insiden seperti kemalangan sahabat ana An daripada KBPS mengejutkan suasana. Semasa mula berkayuh selepas flagoff ana bergandingan dengan An dan beliau menasihati ana supaya berhati hati dengan laluan disini lebih lebih lagi semasa downhill kerana beliau dah beberapa kali kayuh disini. Tetapi takdir Illahi telah tersurat, beliau terjatuh semasa downhill tergelincir dilurah air menyebabkan kecederaan tulang bahu dan rusuk. Baru sangat sahabat ana Yusri cedera teruk dimuka, kini giliran An pulak. Allahuakbar, Engkau lah maha penentu segala galanya. Sembuhkanlah mereka sahabat sahabatku ya Allah, Amin.



Ana perolehi plate terakhir yang dihulurkan, bernombor 146. Rider selepas ana dah tak dapat plate. Nombor yang cantek yang akhir disediakan iaitu 150 yang sepatutnya ana yang dapat biarlah sahabat ana Paklong Din menjadi pemiliknya dan beliau pun bertuah apabila bernasib baik dalam cabutan bertuah apabila memperolehi barangan jenama Giant.

8.20am flagoff

mula masuk offroad



alamak







tudia......mak datuk




checkpoint....ahhhhhhh lega



sahabat ana, alahai kesiannya

terpaksa surrender

2nd check point, kemudiaan sambung kayuhan lebihkurang 10km....








makan....makan....makan





Sekian

No comments:

Post a Comment