Tuesday 27 May 2014

FR32 Kayuhan Mesra Belia Bandar Baharu Kedah

27/04/14


















Bagai langit dengan bumi, perbezaan Kayuhan Belia diSerdang Kedah ini jika dibandingkan dengan Kayuhan Belia Jawi SPS 19/04/14 baru baru ini. Jika di Jawi tiada penglibatan anggota Polis kecuali polis trafik tetapi dikayuhan dipekan Serdang ini, Pasukan Polis banyak terlibat dan menenggelamkan peranan urusetia2 belia. Checkpoint2 utama anggota polis sendiri yang tunggu dibantu belia2 berbangsa cina. Daripada ucapan Ketua Polis Serdang, beliau sendiri sedang merancang untuk melaksanakan jambori di Serdang Kedah.
Kayuhan ini juga melibatkan anggota2 Polis muda muda belaka seperti daripada Balai Polis Pengkalan Hulu yg mengirim beberapa Rider yang muda belia dan bertenaga. 

Walaupun hanya lebih kurang 50 pengayuh sahaja yang hadir termasuk 3 pengayuh daripada Betong, kayuhan kali ini bukan Fun Ride biasa. Bagi ana ianya mirip kepada mini jambori dimana laluan adalah 95% off-road. Banyak laluan perparit dan sungai kecil. Berbukit sudah tentu. Puncak tertinggi yg dipanggil Bukit Screen sangat mencabar ditambah pula trek yg basah dan tayar menjadi 'Donut'

Kredit untuk en Khalib pengayuh mengelilingi dunia, yang bekerja keras di Kayuhan ini, yang bertanggung jawap mencari laluan. Sebagai pengayuh berstatus antarabangsa sudah tentu kayuhan kali ini 'kacang' baginya apabila menjadi rider pertama sampai (ada Medal beranking). Pengayuh daripada Betong menduduki ditempat kedua. Setelah sampai di garisan penamat , en Khalib berpatah balik mencari pengayuh pengayuh lain yang sesat dan pengayuh muslimah. Beliau memang kuat.....baq hang. 

Apa2pun memang best lah kayuhan kali ini. Mungkin hari ini ana menjadi pengayuh tertua...maklumlah kayuhan belia bila ana yg senior ni mai kayuh orang panggil Pak/Tuan Haji lah, ustaz lah he..he..

Kesimpulan bagi ana kayuhan ini ....... 'jangan dipandang sebelah mata'. Ini kerana awalnya ana anggap fun ride biasa dan ambil enteng. Bila dah mula kayuh masuk off road....aduhai.....bernyanyi tak berlagulah jadinya.

***Catatan daripada pengayuh tak larat dan daripada ana pengayuh yg masih remaja..........remaja purba. :)

Azmel dan ana dah sampai kepekan kecil Serdang Kedah tempat kayuhan.

Tempat pelepasan kayuhan hanya didepan ana, manakala masjid baharu Serdang dibelakang ana.

Bertemu sahabat - Mohd Hanif 

Marshal aka penunjuk arah............pengayuh dunia ialtu Khalib Zakaria (gambar lamanya). Beliaulah yang mencari trek untuk bayuhan belia ini.

Nampak kayuhan ini macam kurang dapat sambutan, tetapi itu bukan agenda utama ana. Paling penting dapat berkayuh memerah tenaga dan berpeluh. Sebenarnya kayuhan ini hanya acara paling awal sebelum bermulanya xtvt belia spt futsal dan lain lain.


berhenti untuk regroup. Khalib ditengah berbaju merah biru

Sahabat daripada Betong, Thailand

disini memang tidak dapat kayuh sebab tayar jadi donat

sahabat Thailand turut membantu angkat basikal sahabat






hai bro, amacam kayuh di Malaysia? Takkan termenung kot ha..ha..

ok, get ready utk sambung kayuh ke Bukit Screen

tak larat kayuh kita tolak, takda masaalah


screen besar dibelakang, ini yang dimaksudkan...bukit screen






dah nak sampai

Alhamdulillah

Lawa kasut........tengok kaki la

dobi mendobi


Sekian

No comments:

Post a Comment