Sunday, 6 January 2013

Latihan (79) Bukit Carpet bersama GCT

5/1/13

Lama tidak berkayuh bersama GCT Galaxcy Cycling Team. Akhir sekali bersama semasa kayuhan di LIMBC Langkawi bulan Oktober 12. Ajakan Cgu Din tidak dilepaskan untuk kayuhan ke Bukit Karpet (diberi nama oleh pengayuh2 terdahulu) di Sg Ara Penang. Selain ana dan cgu Din seorang lagi guru yang mengajar di Sekolah di Guar Perahu ia itu Cgu Effendi, kenalan baru ana hari ini. Sebelum ini ada mengayuh sekumpulan dengan beliau tetapi belum ada kesempatan berkenalan. Seorang lagi ialah Benyamin yang biasa sangat dengan ana.

Bertolak dengan kereta selepas subuh, melalui Bukit Lengkuk dan BKE.

Meeting point di 'bus stop' panjang Sek Men Tun Husin Onn. Disini tayar basikal pancat dan dibaiki. Tidak lama tiba Cgu Din, Cgu Effendi dan Ben maka bertolaklah menuju jambatan Pulau Pinang untuk ke Sg Ara.

Sampai saja kayuhan dimulakan, kawasan kayuhan mendaki yang aman dan sejuk. Ana suka sangat suasana ini.........


 banyak juga kawasan dusun durian, pokok durian kampung "my favourate"

 sementara tunggu 2 Cgu, berhenti sini dulu

 Chinese girl yang baju merah di atas menawarkan diri mengambil gambar ana

 Cgu Din tiba, dia sebenarnya didepan ana , tapi disebabkan dia seorang yang baik hati dan bertanggungjawap, beliau rela lambat (jadi sweper) kerana menunggu ana dan cgu Effendi yang 'slow' dan tak larat he..he.. (Cgu Effendi sebenarnya alami kecederaan lutut)

Cgu Effendi


Kayuh dan kayuh dan kayuh lebih kurang 40 minit baru berhenti 'ambil nyawa'....di sini.....
Cgu Din bukan tak larat, dia memang 'power rider', di sini dia lepak2 tunggu ana 'ambil nyawa' baru

dusun durian


 Cgu Effendi tiba, beri lah dia rehat secukupnya, maklumlah lah lututnya pernah tercedera kerana kemalangan motorsikal

 ada pemancar kat sini

lepas ni sambung kayuh.....

 akhirnya tiba dipuncak Bukit Kapet Sungai Ara Pulau Pinang yang terkenal kpd pengayuh dan pendaki

 di katakan dahulunya rumput2 disini semuanya rumput2 kapet. Tuan tanah juga dikataka amat baik hati, diletaknya kerusi kerusi utk pengunjung berehat malah dikatakan dia menjamu pengunjung pengunjung dengan minuman. Info - Cgu Din

bersantai




 Tak lama di puncak.....turun dengan berhati hati, maklumlah ana pernah jatuh semasa menuruni bukit. Kesian Cgu Din kerana setia menunggu ana menuruni bukit. TQVM Cgu.

 bukit dibelakang tu mungkin sebahagian daripada Bukit Kapet. 



sebelum balik dan bersurai.......kita makan dulu

Sekian


Latihan (78) HRK Fun Ride Kopi O

05/01/13

Kayuhan pagi Sabtu seperti biasa diteruskan. Awal pagi dikejutkan dengan hujan yang menjejaskan persiapan kayuhan. Talipon berbicara dengan Osman Tomyam dia mula kayuhan untuk ke meeting point - UNIKL Kulim. Semangat kayuhan ana kembali datang utk meredah hujan. Tiba 1km sebelum meeting point kawasan Kilang Lama hujan berhenti. Alhamdulillah. Sampai di meeting point sahabat lain rupanya lebih awal tiba. Menyusuli kemudian sahabat ana Bob dan Bg Li. Kayuhan bermula lebih kurang jam 8am.

 meninggal kan check point di UNIKL Kulim. Kumpulan ini ialah kumpulan pertama mulakan kayuhan

 sahabat sahabat yang ceria

 berhenti sekejap, ambil nyawa sambil tunggu sahabat sahabat lain



 kami kumpulan pertama tiba dikedai kopi o Karangan, apalagi 'order la'

 ketibaan kumpulan kedua dimana para muslimat2 ini diiringi suami2 mereka 

 perbualan perbincangan memang rancak

 sambung semula kayuhan untuk perjalanan pulang






 tiba tiba isteri Zul kejang kaki. Dibantu beliau dan muslimat lainnya

 Alhamdulillah beliau ok dan kayuhan diteruskan



 apa apa pun posing la dulu sebelum pulang kerana lokasi ini dah menghampiri Kulim High Tech Area

 meeting point terakhir sebelum berpisah


Sekian

Thursday, 3 January 2013

Latihan (76) kayuhan tahun baru solo

1/1/13

Tiada sambutan tahun baru dan bukan tradisi ana. Hanya ada explore Kg Manggis cari laluan baru, rupanya tiada. Xplore ke kg Keladi keceriaan anak anak mandi sungai menyambut kayuhan solo ana. Meneruskan xplore Kg Keladi melalui laluan pintasan ke Taman Merawan diatas bukit kelapa sawit tua, ular tedung selar sepanjang 2 depa (alamak dasyat sungguh) yang ditemui dan ana terpaku melihatnya. Nasib dia tidak terkejut, jika tidak wanauzubillah ana berkemungkinan di kejarnya. Sebelum itu singgah makan capati di Baba Capati bersebelahan dewan Hj Ibrahim sambil berborak dengan Cgu Jaafar Karkoon.

Route = Tm Bidara - Mini Stadium - Kelang Lama - Kg Manggis - Kulim sq - Kg Keladi - Tm Merawan - Tm Cendana - Sek Cina - Kedai Tayar - Simpang 3 Keladi

  temui anak2 ceria ini semasa laluan di Kg Keladi

Sebenarnya sungai ini telah tercemar, ana tahu aliran air sungai ini dimana laluan air drp pekan Tm Selasih melalui hadapan Land Mark memang daripada aliran air longkang telah masuk ke sungai ini. Kelihatan sampah sarap berserakan sekitar sungai ini namun kecerian anank anak ini membuatkan mereka lupa semuanya.


 Lokasi ular tedung selar sepanjang 2 depa betul betul ditengah tengah gambar ini dibawah pohonan kelapa sawit tua yg gelap ini

 Land Mark Kulim & Tune Hotel Kulim. Aliran air longkang kawasan ini memang telah lama memasuki sungai dimana anak2 kecil yang tidak mengerti apa apa mandi manda di hilirnya.

 nun di tengah tengah tu kawasan rumah ana

Taman Merawan

Sekian

Latihan (77) Kayuh malam Taman taman Kulim (tiada gambar)

1/1/13

Tarikh tahun baru ini memang diisi dengan mengayuh basikal apabila sebelah petang nya ialah latihan 76 dan malamnya latihan 77. Bersama jemaah kayuhan sahabat sahabatn Taman Kenari diketuai Pw Din menerjah taman taman sekitar Kulim. Checkpoint Petronas Tm Kenari jam 9.30 malam. Pertemuan dengan sahabat sahabat veteren spt Pw Din, PakLong, Pak Wan yang kuat kuat belaka. Tumpuan utama taman taman berbukit spt Tm Cendana dan lain2(Tak tahu nama taman). Melalui kira kira 1km laluan offroad yang gelap gelita menembusi ke Kg Darulaman. Teringat pada petangnya terserempak ular menyebabkan kayuhan malam ini ana begitu berhati hati, apatah lagi malam offroad pulak. Checkpoint terakhir MNR Tomyam, lepak sekejap lelaskan lelah, pulang jam 12 mlm.

Route = Tm Kenari - Traflight sg Ular - Pintasan Kg Dusun - Shell Mini Stadium - Tm Chendana - Nasmir - Tm Bukit Kulim - Tm Jati - Jln Junjong - laluan ke Kem Bina Negara - Tm ?? - offroad - Kg Darulaman - MNR Tomyam - Tm Bidara

Sekian