Saturday, 12 October 2013

Latihan (139) Bukit Besar/Buggy

13/10/13


Seperti biasa kayuhan yang dianjurkan Pak Long Din selalu akan mendapat sambutan. Walaupun pagi ini suram seperti mahu hujan, kayuhan tetap diteruskan.

Pertemuan para pengayuh ditetapkan dikawasan parking berhampiran Perpustakaan Awam Kulim dan pengayuh pengayuh dari Kulim dan Seberang Perai hadir.

Lebih kurang jam 8am Paklong dah mula tak senang duduk kerana inilah waktu permulaan kayuhan. Cuma apabila diberitahu ada 2 pengayuh lagi dalam perjalanan baru beliau beri peluang menunggu. Sebaik hadir maka kayuhan bermula. Laluan masuk ke 'offroad' ia lah melalui Kampung Padang Tembak.

Jarak kayuhan ana (bermula daripada rumah) = 32km (l/k 80% offroad)

Sebahagian gambar gambar ehsan Najip , Paklong Din






'Kuda' ana buat hal. Terima kasih sahabat sahabat yang memberi bantuan.

Perbincangan, kerana seorang pengayuh tercedera semasa downhill yang pertama. Keputusannya ialah beliau terpaksa pulang awal ditemani 2 lagi pengayuh. Bernasib baik kerena beliau masih boleh mengayuh. Disini hujan mulai turun. Seorang pengayuh pulang kerana tak tahan hujan bersama rider yang tercedera tadi dan 2 pengiring.

Perkemaskan semula yang rosak tadi.

Dugaan pertama Zaidi, rantai putus



Salah satu ulam kegemaran ana - Cabang tiga. Begini rupa pokoknya. Terjumpa betul betul dikemuncak Bukit Besar . Info daripada Shamsudin (berbaju kuning gambar dibawah)







Dugaan kedua - Zaidi terjatuh semasa downhill kerana quick release patah. Nasib baik beliau tidak cedera.








I like

Sekian



Latihan (138) Kayuhan Santai Offroad Bukit 3M

12/10/13

Kayuhan test track Jambori Kulim jatuh pada hari ini. Oleh kerana beberapa minggu lepas test track pertama sudah disertai, memadai lah hari ini offroad santai bersama 4 lagi rakan.

setiap kali kayuhan jika ada Man pasti kayuhan menjadi ceria  

Memang  kayuhan offroad paling santai dalam sejarah. Memadai untuk release tention setelah hari hari sebelum ini..kerja, kerja dan kerja.

 Ok cukup, jom balik


Sekian


Latihan (137) Kayuh malam veteran Kulim Perda

11/10/13

15 pengayuh rata ratanya veteran antaranya Ustaz Joe, Pak Wan (marshall terbaik) , Paklong Din, 2 cikgu, Paklong Tm Kenari dan beberapa lagi memulakan kayuhan daripada MNR Tomyam.

Route = Kulim - Bukit Lembu - Mengkuang - Penanti - Perda - Cherok Tokkun - Kulim = 42km

 Ust Joe yang sentiasa ceria.

 Paklong Din - tok penghulu Happy Ride Kulim

 2 kali basikal cikgu pancat. Sabaq cikgu nuuuuuuu


berhenti rehat di Stesen minyak Perda


Sekian

Sunday, 6 October 2013

Latihan (136) Monica & Bed Hills ha..ha..ha..

06/10/13

Pertemuan pengayuh masih lagi di kawasan Air Terjun Junjung.

Kali ini hampir 50 pengayuh ambil bahagian. Marshall terbaik masih lagi disandang Yusri JCBC sebagai penunjuk arah. 'Man behind' kayuhan ini seperti biasa disandang oleh Paklong Din yang berjaya mengumpul sebegini banyak pengayuh.

Cuaca amat baik hari ini. Kayuhan dimulai mendaki bukit Monica. Diberi nama Monica kerana beliau wanita pertama berkayuh sampai kesini. Pagi ini beliau secara simbolik merasmikan acara potong riben..ha..ha..  Potong pun potonglah. Nasib baik tuan tanah tak nampak.

sebahagian gambar ehsan RyeeCrews , Zulkifli Arifin, Paklong Din, Alex Firdaus dll

Taklimat ringkas saudara Yusri

Paklong Din membaca doa


awat tak jemput RTM ha..haa..



check point pertama



oi sempat lagi, bukan apa, sambil ambil gambar boleh sambil ambil nafas

selepas bersihkan tayar yg dah jadi donut, turun kejalan bawah pula

bersihkan tayar lagi

selesai Bukit Monica , kembali ke Air terjun untuk kayuhan ke Bukit Katil pulak


Marshall datang

Tok Penghulu datang...ok boleh sambung kayuh

alahai nasib badan...tak larat

oit...awat cek ambik gambar, malu lah sebab tolak basikal. He..he..kebanyakan pengayuh lain pun tolak basikal
menghampiri puncak


Sampai dikemuncak. Ana berposing lagi. Aru (sahabat ana) kata "tokeh balak Junjong''


sebahagian pengayuh terus turun semula ke air terjun , sebahagian terus kayuhan ke Relau. Ana ... surender. Dah tak larat ke Relau

tang ni ... larat

sedap jugak mee nya, boleh datang lagi bawa keluarga


tambah balik kalori

Sekian