Saturday 12 October 2013

Latihan (139) Bukit Besar/Buggy

13/10/13


Seperti biasa kayuhan yang dianjurkan Pak Long Din selalu akan mendapat sambutan. Walaupun pagi ini suram seperti mahu hujan, kayuhan tetap diteruskan.

Pertemuan para pengayuh ditetapkan dikawasan parking berhampiran Perpustakaan Awam Kulim dan pengayuh pengayuh dari Kulim dan Seberang Perai hadir.

Lebih kurang jam 8am Paklong dah mula tak senang duduk kerana inilah waktu permulaan kayuhan. Cuma apabila diberitahu ada 2 pengayuh lagi dalam perjalanan baru beliau beri peluang menunggu. Sebaik hadir maka kayuhan bermula. Laluan masuk ke 'offroad' ia lah melalui Kampung Padang Tembak.

Jarak kayuhan ana (bermula daripada rumah) = 32km (l/k 80% offroad)

Sebahagian gambar gambar ehsan Najip , Paklong Din






'Kuda' ana buat hal. Terima kasih sahabat sahabat yang memberi bantuan.

Perbincangan, kerana seorang pengayuh tercedera semasa downhill yang pertama. Keputusannya ialah beliau terpaksa pulang awal ditemani 2 lagi pengayuh. Bernasib baik kerena beliau masih boleh mengayuh. Disini hujan mulai turun. Seorang pengayuh pulang kerana tak tahan hujan bersama rider yang tercedera tadi dan 2 pengiring.

Perkemaskan semula yang rosak tadi.

Dugaan pertama Zaidi, rantai putus



Salah satu ulam kegemaran ana - Cabang tiga. Begini rupa pokoknya. Terjumpa betul betul dikemuncak Bukit Besar . Info daripada Shamsudin (berbaju kuning gambar dibawah)







Dugaan kedua - Zaidi terjatuh semasa downhill kerana quick release patah. Nasib baik beliau tidak cedera.








I like

Sekian



No comments:

Post a Comment