Sunday 6 October 2013

Latihan (136) Monica & Bed Hills ha..ha..ha..

06/10/13

Pertemuan pengayuh masih lagi di kawasan Air Terjun Junjung.

Kali ini hampir 50 pengayuh ambil bahagian. Marshall terbaik masih lagi disandang Yusri JCBC sebagai penunjuk arah. 'Man behind' kayuhan ini seperti biasa disandang oleh Paklong Din yang berjaya mengumpul sebegini banyak pengayuh.

Cuaca amat baik hari ini. Kayuhan dimulai mendaki bukit Monica. Diberi nama Monica kerana beliau wanita pertama berkayuh sampai kesini. Pagi ini beliau secara simbolik merasmikan acara potong riben..ha..ha..  Potong pun potonglah. Nasib baik tuan tanah tak nampak.

sebahagian gambar ehsan RyeeCrews , Zulkifli Arifin, Paklong Din, Alex Firdaus dll

Taklimat ringkas saudara Yusri

Paklong Din membaca doa


awat tak jemput RTM ha..haa..



check point pertama



oi sempat lagi, bukan apa, sambil ambil gambar boleh sambil ambil nafas

selepas bersihkan tayar yg dah jadi donut, turun kejalan bawah pula

bersihkan tayar lagi

selesai Bukit Monica , kembali ke Air terjun untuk kayuhan ke Bukit Katil pulak


Marshall datang

Tok Penghulu datang...ok boleh sambung kayuh

alahai nasib badan...tak larat

oit...awat cek ambik gambar, malu lah sebab tolak basikal. He..he..kebanyakan pengayuh lain pun tolak basikal
menghampiri puncak


Sampai dikemuncak. Ana berposing lagi. Aru (sahabat ana) kata "tokeh balak Junjong''


sebahagian pengayuh terus turun semula ke air terjun , sebahagian terus kayuhan ke Relau. Ana ... surender. Dah tak larat ke Relau

tang ni ... larat

sedap jugak mee nya, boleh datang lagi bawa keluarga


tambah balik kalori

Sekian


No comments:

Post a Comment